00:00Kerajaan menyedari kebimbangan dibangkitkan berhubung kemungkinan terdapat klausar-klausar dalam perjanjian perdagangan timbal balas ART yang berupaya menyekat kebebasan Malaysia dalam melaksanakan pembangunan negara.
00:13Susulan itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani memaklumkan perjanjian itu hanya akan mula berkuatkuasa selepas Malaysia dan AS saling bertukar notis bertulis seperti diperuntukkan di bawah artikel 7.2 ART.
00:32Jelas beliau, pertukaran notis bertulis itu adalah untuk mengesahkan bahawa semua proses ratifikasi dalaman masing-masing sudah selesai dan kedua negara bersedia menguatkuasakan ART.
00:42Belum jawab soalan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat mengenai kenyataan bahawa ART dengan AS tidak boleh diundur tetapi kerajaan akan meneliti dan merunding semula klausar tertentu yang dirasakan tidak adil.
00:57Mengulas lanjut, Johari berkata kerajaan sedang menjalankan penilaian meluruh terhadap klausar-klausar di bawah ART bagi memastikan pelaksanaan komitmen-komitmen yang sudah dipersetujui.
01:07Ia tertakluk kepada perkara yang membabitkan perlembagaan persekutuan dan dasar-dasar pembangunan negara, perundangan akta dan peraturan domestik sedia ada dan komitmen Malaysia di pelbagai forum antarabangsa termasuk Perjanjian Perdagangan Bebas, FTA.
01:20Terima kasih kerana menonton!
Comments