Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memaklumkan Parlimen, kriteria SARA diperkemas dengan mensyaratkan rakan niaga menjual sekurang-kurangnya tujuh daripada 14 kategori barangan ditetapkan.

Senarai barangan turut dikaji semula, termasuk pertimbangan makanan sejuk beku, manakala barangan basah masih melalui penilaian.
Transcript
00:00Dato' Ilm Petua, Kerajaan terbuka kepada cadangan dan input berterusan dalam menambah baik program SARA yang sedia ada.
00:09Namun, penambahbaikan perlu dibuat dari semasa ke semasa bagi menyusun program SARA dengan keperluan terkini.
00:16Dan antara kriteria yang ditambah baik termasuklah pengendalian kedai runcit yang ingin menjadi rakan niaga SARA perlu menjual sekurang-kurangnya 7 daripada 14 kategori yang ditetapkan.
00:28Jadi, dia dilonggarkan daripada apa yang dulu kita nak ke 14 kategori yang digunakan.
00:35Kedua, Kerajaan akan terus mengkaji dan menilai semula senarai barangan yang diluruskan di bawah SARA bagi memastikan ia kekal selaras dengan keperluan asas isi rumah.
00:46Saya rasa cadangan untuk menambahnya ada satu cadangan yang baik dan kita sedang mempertimbangkan untuk membenarkan makanan sejuk beku
00:57ataupun frozen food sebagai kategori baru.
01:00Jadi, ayam itu bolehlah kalau di-frozen kan.
01:03Ini dapat dilihat melalui penambahbaikan perutusan yang dibuat melalui kategori barangan yang telah ditambah kepada 14 pada 2025 berbanding 10 dalam tahun 2024.
01:14Bagi barangan basah pula, Kerajaan masih menjalankan kajian lanjut bagi memastikan aspek kualiti keselamatan makanan dan jaminan kepada pengguna dapat dipelarahi
01:27sebelum sebarang keputusan dapat dimutamakan.
Comments

Recommended