Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) menangguhkan tarikh pelancaran misi bulan Artemis II sekurang-kurangnya sehingga Mac, selepas kebocoran hidrogen dikesan semasa ujian pengisian bahan api utama.
Transcript
00:00Pentadbiran angkasa lepas dan aeronautik kebangsaan NASA menangguhkan tarikh pelancaran misi bulan Artemis II sekurang-kurangnya sehingga Mac selepas kebocoran hidrogen dikesan semasa ujian pengisian bahan api utama.
00:15NASA memaklumkan penangguhan itu dibuat bagi membolehkan pasukan teknikal, meneliti data dan menjalankan satu lagi ujian yang digelarnya sebagai raptai basah.
00:25Kru misi NASA terdiri daripada Red Weisman, Victor Glover dan Christina Koch serta Jeremy Hansen dari agensi angkasa lepas Kanada akan dibebaskan daripada kuarantin yang bermula di Houston pada 21 Januari ini.
00:41Misi itu bertujuan membawa angkasawan kembali ke kawasan sekitar bulan buat kali pertama sejak tahun 1972.
00:47Kenyataan NASA pada selasa menyebut dalam ujian dijalankan minggu ini, jurutera berdepan beberapa cabaran termasuk peningkatan kebocoran cercai hidrogen,
00:57masalah pada injak berkaitan dengan proses penekanan tekanan palka modul serta gangguan pada saluran audio.
01:03Tujuan ujian tersebut adalah untuk memastikan roket sistem pelancaran angkasa lepas Boeing SLS Artemis II dan kapal angkasa Orion
01:12mampu melaksanakan perjalanan selama 10 hari untuk terbang sekitar bulan serta kembali ke bumi.
01:18NASA juga mahu menguji sistem sokongan hayat Orion sebelum Artemis III menjalankan pendaratan di bulan bersama anak kapal menjelang 2028.
01:26Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended