00:00Jabatan Peguam Negara AGC memutuskan kes fitnah mengaitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
00:07dengan serangan terhadap anak ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Rafizi Ramli dikelaskan sebagai tiada tindakan lanjut NFA.
00:15Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata,
00:19Polis Diraja Malaysia PDRM menerima satu laporan polis bersabit dengannya pada 18 Ogos 2025.
00:26Menurut beliau, PDRM membuka kertas siasatan kes berkenaan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
00:39Dalam jawapan bertulis disiarkan di laman web Parlimen, beliau berkata kertas siasatan dirujuk kepada AGC pada 23 Disember 2025
00:49dan pihak AGC memutuskan untuk mengklasifikasikan kes tersebut sebagai No Further Action atau NFA.
00:57Beliau menjawab soalan dikemukakan Rafizi yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan status siasatan pihak berkuasa PDRM
01:04dan Suruan Jaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia SKMM terhadap satu laporan dibuat setia usaha Akbar Ismail Sabri pada 18 Ogos 2025.
01:13berhubung fitnah disiarkan di satu laman Facebook mengaitkan ahli Parlimen Bera dengan serangan terhadap anak ahli Parlimen Pandan.
01:22Saifuddin Nasution turut menjelaskan keputusan itu dibuat berdasarkan dapatan laporan analisis profil oleh SKMM
01:29yang tidak dapat mengenalpasti pemilik akaun berkenaan serta tidak dapat mengaitkan mana-mana individu secara konklusif dengan akaun Facebook yang disiasat.
01:39Anak lelaki Rafizi yang berusia 12 tahun diserang di sebuah pusat beli-belah di Petrajaya kira-kira jam 2 petang pada 13 Ogos tahun lalu
01:48dengan rakaman kamera Lita tertutup menunjukkan dua lelaki mengekori kereta isteri-nya menggunakan sebuah motosikal sebelum kejadian.
01:57Beberapa hari kemudian, Ismail Sabri membuat laporan polis dan kepada SKMM terhadap sebuah laman Facebook yang memuat naik dua artikel palsu
02:05serta fitnah mengaitkannya dengan serangan itu.
02:09Rafizi turut menafikan dawaan mengaitkan Ismail Sabri dengan serangan terhadap anaknya.
02:14Pada 30 Januari lalu, Rafizi berkata beliau bersedia menulis surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Saifuddin Nasution
02:22untuk meminta siasatan kes serangan ke atas anaknya dihentikan sekiranya tiada perkembangan positif.
Comments