Skip to playerSkip to main content
Kanser otot rampas impian pelajar 8A

Impian seorang pelajar cemerlang untuk menyambung pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terpaksa ditangguhkan apabila dia disahkan menghidap kanser otot rabdomiosarkoma tahun lalu.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Halim, Muhammad Syukri Abdul Latif, 19 tahun, yang memperoleh keputusan cemerlang 8A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 itu bercita-cita menjadi guru.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766687/berita/laporan-khas/kanser-otot-rampas-impian-pelajar-8a

Muzik: Rustle of Leaves dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Kanser #Kanserotot
Transcript
00:00Impian seorang pelajar cemerlang untuk menyambung pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI,
00:07terpaksa ditangguhkan apabila dia disahkan menghidap kanser otot Rabdomyosarcoma tahun lalu.
00:15Bekas pelajar sekolah menengah kebangsaan Sultan Abdul Halim, Muhammad Syukri Abdul Latif, 19 tahun,
00:21yang memperoleh keputusan cemerlang 8A dalam sijil pelajaran Malaysia 2024 itu,
00:28bercita-cita menjadi guru.
00:30Anak bongsu daripada tiga beradik itu berkata,
00:33ketumbuhan sebesar buah kelapa di punggung kanan menyebabkan dia hanya mampu berbaring di rumah.
00:40Naik motor dengan abah saya, bila ayah lalu di bahagian bonggung jalan itu,
00:44bila kita naik akan terhentak-terhentak itu, dia macam sakit yang tak amat itu.
00:50Tapi saya macam itu tak fikir apa-apa, mungkin urat terbelik ke apa di situ, macam otot ke.
00:55Macam itulah.
00:55Lepas dapat result itu, dapat result SPM itu,
00:59lepas itu dia macam sakit, dia makin bengkok itu macam makin membesar,
01:03lepas itu makin sakit.
01:04Lepas itu saya rasa macam dah lain lah ni.
01:06Macam pelik lah kan.
01:07Saya hanya anggap bengkok itu sekadar bengkok sahajalah.
01:11Jadi bila doktor, apa, bila doktor diagnose benda itu cancer,
01:16bagi saya macam terkejut.
01:17Macam, ui, macam saya anggap cancer ini macam penyakit yang amat berbahaya lah,
01:22yang boleh berisikokan nyawa apa semua itu.
01:24sebab saya takut dia merebok ke satu badan apa semua.
01:27Jadi bagi saya time itu agak down banyak lah waktu itu.
01:31Tapi semenjak apa, bila saya buat rawatan kimoterapi ni,
01:35dia banyak menuju ke saya yang positif lah.
01:37Macam dia makin lembut, dia kecut sikit daripada sebelum ni lah.
01:42Kalau boleh, saya memang nak sembuh cepat lah waktu itu.
01:45Sebab saya nak, macam saya pun, macam kakuan saya yang lain.
01:48Mereka semua dah dapat tawaran ke pelbagai tempat lah.
01:51Macam ada yang pergi ke matrikulasi, ada yang pergi ke TKT 6 dan sebagainya lah.
01:56Jadi saya rasa memang kalau boleh, saya nak sembuh cepat dan saya nak sembuh pengajian lah.
01:59Lebih lanjut selepas itu.
02:01Sementara itu, bapanya Abdul Latif Ramli, 54 tahun berkata,
02:06wang simpanan keluarga sebanyak RM1,500
02:09yang diperuntukkan bagi kegunaan masuk ke universiti,
02:14terpaksa digunakan untuk menampung kos rawatan.
02:17Menurutnya, sumber kewangan keluarga bergantung kepada pendapatannya sebagai pekerja kilang,
02:22manakala istrinya Siti Mariani Hassan, 51 tahun,
02:27berupakan suri rumah sepenuh masa.
Comments

Recommended