00:00Jabatan Alam Sekitar JAS sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian ikan mati di Sungai Tekai berhampiran Pekan Naka di Padang Terap.
00:10Menurut pengarah JAS Kedah, Syarifah Zakiyah Said Sahab, pihaknya menerima aduan mengenai kejadian tersebut pada jam 6.05 petang selasa lalu.
00:19Katanya siasatan awal pegawai JAS di lokasi menemukan bangkai pelbagai spesies ikan air tawa termasuk lampam, baung, patung dan tembakang.
00:31Jelas beliau penduduk setempat memaklumkan kejadian itu mula di sedari sekitar jam 5 petang Isnin.
00:38Menurut Syarifah Zakiyah, pasukan penyiasat turut menjalankan pengukur andi lokasi kejadian selain mengambil 4 botol sampel air sungai
00:47untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi tujuan analisis.
00:51Sementara itu, JAS juga menerima maklumat daripada orang awam yang mendakwa kematian ikan tersebut berkemungkinan berpunca daripada penggunaan racun tuba.
01:00Sesudahan itu, orang ramai dinasihatkan untuk membuat laporan polis sekiranya mengetahui aktiviti berkenaan.
Comments