00:00Dua lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang wanita yang ditemukan dengan kesan kelar di kediamannya di Flat Seri Muni Sungai 2, Butterworth, Isnin Lepas.
00:12Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Dato' Azizi Ismail, kedua-dua lelaki itu ditahan beberapa jam selepas kejadian di sekitar daerah berkenaan.
00:21Kedua-dua suspek telah direman bagi membantu siasatan kes berkenaan.
00:25Azizi berkata, polis masih menunggu laporan bedah siasat mangsa yang dijalankan di hospital.
00:32Kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
00:38Semalam, media melaporkan mangsa berusia 41 tahun ditemukan dalam keadaan terbaring di atas katil di sebuah bilik dengan kesan kelar pada leher.
00:46Kejadian itu dimaklumkan oleh jiran pada jam 1.40 tengah hari selepas mangsa seorang ibu tunggal tidak memberi sebarang respon walaupun pintu rumah didapati terbuka sementara jeriji pagar berkunci.
01:00Mangsa bekerja dengan mengambil upah menghantar beberapa pelajar di flat berkenaan ke sekolah dan tinggal bersama anak lelakinya yang berusia 15 tahun.
Comments