00:00Daripada ringgit, kita pergi ke harga emas, yang mana harga emas mencecah paras tertingginya dalam sejarah komoditi itu kini diniagakan sekitar 5,000 dolar Amerika se-ounce selepas meneruskan momentum kenaikannya hari ini.
00:16Ia susulan kebibangan pelabur terhadap ketidaktentuan geopolitik yang menyaksikan mereka mengalihkan pelaburan ke komoditi-komoditi selamat.
00:25Ketegangan terbaru antara AS dan pertubuhan perjanjian Atlantik Utara NATO berhubung isu Greenland dijangka meneruskan persekitaran tidak menentu di perikat global.
00:37Ini dijangka meneruskan momentum kenaikan emas dalam masa terdekat.
00:42Harga emas melonjak 25% pada 2025 disokong oleh pelonggaran dasar monetari AS dan peningkatan pembelian oleh bank pusat beberapa negara.
00:52Disember lalu, bank pusat China meningkatkan pembelian emasnya untuk bulan ke-14 berturut-turut.
00:59Ketegangan antara Amerika dan NATO meningkat selepas oleh Presiden Donald Trump mengecam untuk mengenakan tarif ke atas kesatuan Eropah-EU sekaligus mencetuskan kebibangan terhadap perang dagang dalam kalangan negara barat.
01:12Walaupun Washington dan sekutu baratnya kemudian mencapai persefahaman bagi meredakan pertikaian tersebut, ketidaktentuan yang berlarutan terus mendorong pelabur beralih kepada aset-aset selamat.
Comments