00:00Satu pasukan khas perlu diwujudkan bagi memperkukuhkan sistem audit negara dan menutup sebarang ruang kebocoran dana awam di semua peringkat kerajaan.
00:09Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cadangan itu antara syura dikemukakan kepada Jabatan Audit Negara agar tindakan pengauditan dapat dilaksanakan dengan lebih pantas dan memberi kesan yang menyeluruh.
00:20Dan akan menentukan tahap kemajuan kita dan penerimaan. Jadi sebab itu selain daripada apa yang disebutkan ini, kita harus juga fokus kepada kerajaan.
00:34Apa lagi yang harus dilakukan? Nah ini yang penting. Nah ini sistem audit ini sistem yang dinamik.
00:44Kalau kita kekal dengan pemikiran tahap pencapaian lama, kita akan ke mana-mana.
00:52Jadi itu mesti ada satu keresahan yang secara positif. Maksudnya resah bagaimana untuk perbaiki.
00:58Jadi kita ada harus pasukan dan selalu memikir, merenung, mencari jalan untuk perbaiki.
01:06Mana dia ruang yang memungkinkan kebocoran berlaki.
01:10Banyak ruang yang mungkinkan tindakan itu agak lebih perlahan daripada biasa.
01:16Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Sambutan 120 Tahun Jabatan Audit Negara di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, PICC Putrajaya pada Isnin.
01:29Dalam perkara itu, Perdana Menteri menjelaskan tindakan pengauditan juga perlu berorientasikan impak maksimum dan tidak terhad kepada amalan rutin semata-mata, sebaliknya memberi hasil yang nyata kepada rakyat.
01:41Beliau turut menekankan keperluan proses pengauditan dilaksanakan secara segera, pantas, tepat dan telus kerana sebarang kelewatan boleh membuka lebih banyak ruang kepada kebocoran dana awam.
01:55Anwar berkata Jabatan Audit Negara perlu mengambil pendekatan yang lebih dekat dengan rakyat selain memperkenalkan sistem baru yang tidak membebankan atau melambatkan urusan orang awam.
02:05Terima kasih telah menonton!
Comments