00:00Kementerian Digital sebagai peneraju agenda pendigitalan negara akan terus memantau dan mengukur kemajuan ekonomi digital Malaysia secara menyeluruh bagi tempoh 2025 hingga 2030.
00:13Menteri Digital Gobind Singh Dio berkata pengukuran itu bertujuan memastikan pelaksanaan inisiatif digital negara selaras dengan hala tujuh nasional termasuk Rancangan Malaysia ke-13 RMK13 dan juga Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia 2026-2030.
00:31Di antara metrik utama yang digunakan oleh kerajaan, bagi tujuan mengukur kemajuan ekonomi digital Malaysia bagi tahun 2025 hingga 2030 adalah seperti berikut.
00:45Pertama, kita lihat kepada aspek sumbangan ICT kepada keluaran dalam negara kasa atau KDNK.
00:52Pada tahun 2024, sektor ICT dan e-dagang yang berhormat menyumbang sebanyak 23.4% kepada KDNK Malaysia dan ianya bernilai sebanyak RM451.3 bilion.
01:08Kedua yang berhormat, kita lihat kepada aspek jumlah pelaburan digital.
01:12Dan untuk aspek ini, kita lihat pencatatan nilai kumulatif sehingga Jun tahun 2024, sebanyak RM589.9 bilion.
01:25Ketiga yang berhormat, kita lihat kepada jumlah pekerjaan yang terlibat dan kita ada catatan nilai kumulatif sehingga Jun 2024,
01:35sebanyak RM845,602 jumlah pekerjaan.
01:47Aspek keempat, kita lihat kepada jumlah pendapatan yang berhormat.
01:51Dan di sini kita lihat catatan nilai kumulatif iaitu sehingga Jun 2024,
01:56sebanyak RM845.6 bilion.
02:02Dalam pada itu, metrik utama lain yang digunakan turut melibatkan jumlah ekspor, adaptasi terhadap i-dagang,
02:09jumlah syarikat Malaysia Digital yang diluluskan dan juga prestasi negara dalam penarafan global.
02:16Menjawab soalan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Shirlina Abdul Rashid,
02:19beliau turut maklumkan mengenai sudut literasi digital.
02:21Gobin maklumkan, Kementerian Digital turut melaksanakan program peningkatan kemahiran
02:26yang bersifat terbuka dan mudah diakses oleh semua pihak,
02:30termasuk golongan berpendapatan rendah, warga emas, orang kurang upaya dan komuniti luar bandar.
02:36Dalam usaha memperkukuh perancangan dan pementahuan keterangkuman digital secara lebih menyeluruh,
02:45Kementerian Digital sedang membangunkan Indeks Keterangkuman Digital Malaysia ataupun MyIKD
02:50yang merupakan sebuah pengkalan data berpusat tujuan untuk mengukur jurang digital dalam masyarakat Malaysia.
02:57Melalui MyIKID, aspek kemampuan ataupun affordability dalam kalangan masyarakat akan diukur secara khusus
03:04dan hasil dapatan tersebut akan dimanfaatkan pada masa hadapan
03:07bagi tujuan membantu kerajaan merangka intervensi yang lebih bersasar
03:13serta memantau jurang digital secara berterusan.
Comments