00:00Baik, untuk waktu ini saya nak bersama dengan pengarah Putra Business School UPM, Prof. Dr. Ahmad Razman Abdul Latif. Assalamualaikum Prof. Dr.
00:10Waalaikumsalam.
00:12Prof, mungkin boleh dikongsikan. Saya kira ini antara yang menjadi berita gembira buat rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
00:20Tetapi bagaimana boleh kita memanai pengukuhan ringgit pada waktu ini dalam konteks melihat pada implikasi makroikrominya satu-satu.
00:28Tapi akhirnya bagaimana ia memberi implikasi yang cukup besar untuk aktiviti seharian untuk rakyat ataupun poket rakyat itu secara khususnya?
00:40Ya, sudah tentu pergerakan ringgit yang semakin mengukuh ini akan memberi impak kepada sudut makroekonomi dan juga mikro.
00:50dan bagi rakyat kebanyakan mereka mahu tahu juga apakah yang akan menjadi manfaat kepada mereka apabila ringgit semakin mengukuh.
01:01Jadi kalau kita lihat pertama dalam sudut makroekonomi itu sendiri, ringgit yang mengukuh bermakna sudah berlaku permintaan yang tinggi kepada ringgit
01:12ataupun pada masa sama berlaku kejatuhan dolar Amerika itu sendiri.
01:18Dan apabila berlaku peningkatan nilai ringgit berbanding dolar, ini akan menarik perhatian dan juga minat pelabur asing
01:28untuk berterusan melabur ke dalam ekonomi tempatan kerana apabila ringgit itu meningkat, mereka akan mendapat pulang atas pelaburan yang lebih baik apabila melabur di Malaysia.
01:40Untuk rakyat pula, implikasinya kita boleh nampak apabila sesetengah barangan kita yang bergantung kepada komponen ataupun bahan mentah yang diimport
01:51akan menyaksikan bahan-bahan tersebut yang diimport menjadi lebih murah.
01:56Sebagai contoh, kita tahu bahawa rata-rata pertenakan ayam di Malaysia mengimport hampir satu-patut makanan ayam, dedak ayam itu daripada luar.
02:06Oleh itu, jika ringgit semakin mengukuh, maka makanan ayam yang diimport itu murah dan ini membolehkan ayam yang boleh ditenak dan dijual kepada rakyat, harganya akan turun.
02:18Dan selain itu, bagi rakyat tempatan yang ingin melancong ke luar negara, mereka akan mendapati dengan pengukuran ringgit, mereka akan mampu mencari kuasa beli ataupun kuasa belanja yang lebih besar berbanding sebelum ini.
02:32Prof, sudah tentu kalau kita melihat reaksi orang ramai khususnya di platform media sosial, ramai yang tak sabar-sabar nak membuat aktiviti melancong ke luar negara.
02:42Tetapi satu halnya, ada juga reaksi yang dilihat sedikit skeptikal berkaitan dengan pengukuhan ringgit pada waktu ini.
02:49Ada yang mengatakan, perlu juga kita melihat pengukuhan ringgit adalah disebabkan dolar Amerika yang begitu melemah.
02:58Ini menyebabkan bukan sahaja ringgit yang terus mengukuh, tetapi mata wang asing juga mengukuh.
03:02Jadi bagaimana untuk kita melihat, adakah ringgit yang mengukuh pada ketika ini hanya disebabkan kelemahan dolar ataupun ada faktor-faktor yang lain juga?
03:12Sebenarnya adalah kombinasi kedua-dua faktor dalaman dan juga luaran. Luaran itu dolar melemah dan sebenarnya faktor dalaman adalah ekonomi kita antara yang kekal positif dan mengembang sejak daripada tahun lepas hingga sekarang.
03:29Kerana walaupun ramai kata mata wang lain pun mengukuh, tetapi ringgit adalah mata wang yang paling cemerlanglah, paling tinggi pengukuhan berbanding mata wang lain di Asia.
03:41Itu menunjukkan bahawa ekonomi kita sebenarnya turut menyumbang kepada pengukuhan ringgit.
03:49Dan satu lagi yang saya lihat, jika dibandingkan dengan negara lain, kita masih lagi mempunyai ruang untuk merancarkan lagi ekonomi apabila baru-baru ini negara Malaysia masih lagi mengekalkan kadar OPR pada kadar 2.75
04:06yang boleh meningkatkan lagi aktiviti ekonomi dengan lebih lancak terutamanya pada separuh tahun pertama tahun ini.
04:14Prof, apa perkara yang perlu kita lihat dan perlu berjaga-jaga dalam kita meneliti pengukuhan ringgit pada waktu ini?
04:23Sudah tentu ia sesuatu berita yang baik untuk ringgit tetapi dalam masa sama kita perlu juga melihat daripada import kita dapat harga yang murah tetapi dalam konteks eksportnya,
04:33kita juga perlu memikirkan apa sebenarnya perkara yang perlu kita berjaga-jaga dalam konteks ringgit yang semakin mengukuh dan bertambah baik ini?
04:42Ya, sudah tentu apabila ringgit mengukuh memang kita nampak barangan import menjadi murah tetapi nantijahnya juga apa saja yang kita mahu eksport, jual ke negara luar akan menjadi lebih mahal.
04:55Dan ini boleh menyebabkan berlakunya mungkin penurunan permintaan terhadap barangan kita jika ada negara lain yang mampu menghasilkan barangan seperti kita tetapi dengan lebih murah.
05:08Dan selain daripada itu, antara impak kepada kita ialah apabila pelancong keluar negara yang mahu melancong di negara kita,
05:18mereka akan mendapat kuasa belanja mereka berkurangan jika batuang mereka semakin menyusut berbanding ringgit Malaysia.
05:26Dan itu yang kita boleh nampak nampun apa yang kita boleh lakukan sebagai contoh jika barangan kita mempunyai nilai tambah yang tinggi walaupun semakin mahal mereka akan terusan membeli.
05:40Dan juga boleh kaitan dengan pelancongan jika kita punya sesuatu yang boleh ditawarkan yang tidak ada negara lain, mereka akan terus berterusan datang ke negara kita walaupun kuasa belanja mereka sebagai berkurangan.
05:54Prof, kita bermula dengan cukup baik untuk tahun 2026 ini tetapi kalau melihat daripada unjuran daripada kenanga misalnya
06:02yang mengunjurkan ringgit pada pertengahan hinggalah pada penghujung pada tahun 2026 ini boleh ataupun dianggarkan sekitar 3.93 hinggalah kepada 4 ringgit.
06:16Disokong oleh reformasi fiskal, lebih handagangan dan juga kredibiliti dasar.
06:20Jadi unjuran daripada prof sendiri melihat adakah momentum positif ini boleh bertahan lama ataupun apa sebenarnya yang akan menjadi timbal balik
06:28ataupun menjadi kayu pengukur kepada prestasi psikologi ringgit ini?
06:34Saya yakin kita akan berterusan mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang positif untuk sepanjang tahun ini.
06:41Kadar 4% itu adalah dianggap rasional kerana pertama dalam faktor dalaman kita tidak ada pilar raya besar lah maknanya
06:51kestabilan politik itu, kerajaan itu akan tetap ada dan ini penting untuk memastikan kita mampu
06:58berterusan menarik pelaburan FDI dengan pungkuan ringgit saya jangka lebih banyak lagi berlaku pelaburan masuk
07:05daripada luar ke dalam negara kita dan kita juga lihat laporan Bank Dunia dan juga IMF bahawa
07:15untuk tahun ini rantau Asia Pacific bakal menyaksikan pertumbuhan ekonomi ataupun KMK yang lebih besar
07:24dari segi kadar positifnya berbanding dengan rantau lain kerana kita lihat di rantau lain banyak berlaku ketegangan
07:30geopoliti yang tidak menentu tetapi secara kasar ataupun secara dasarnya rantau Asia Pacific ini masih lagi
07:38berterusan menikmati aktiviti ekonomi yang tidak tersekat oleh apa-apa isu geopoliti yang serius.
07:47Prof, seperkara lagi kita juga perlu melihat senario dan juga apa yang berlaku di peringkat global
07:53sudah tentu perbincangan dan juga perbahasan seperti geopolitik, geoekonomi termasuklah implikasi kepada
08:01potensi yang dibawakan ataupun impak daripada tarif Amerika Syarikat
08:07adakah dasar ataupun ruang dasar yang ada pada Malaysia pada ketika ini mampu menampat
08:16sebarang kejutan luar jangka yang akan berlaku di peringkat global yang sedikit sebanyak
08:22akan memberi kesan juga kepada prestasi ekonomi negara?
08:26Malaysia mempunyai beberapa strategi dan juga dasar yang agak fleksibel apabila
08:35kita tahun ini bermulanya RMK ke-13 yang mempunyai mekanisme seperti RMK yang memantau
08:44prestasi ataupun pencapaian setiap inisiatif yang akan dilaksanakan di bawah
08:52Belanjawan 26 dan juga RMK 13 bermakna kita ada ruang untuk melakukan apa saja
08:58intervensi jika berlaku situasi di luar jangka dan pada masa yang sama tahun lepas
09:04apabila Malaysia menjadi pengurusi ASEAN kita telah menerai banyak perjanjian dengan
09:12rantau ataupun blok ekonomi yang lain dan juga secara langsung dengan beberapa
09:17negara dan termasuk juga dengan AS ini semua adalah penting untuk memastikan
09:23tidak berlaku ketentuan kerana perjanjian telah ditandatangani maka tidak ada ruang
09:31untuk mana-mana pihak cuba mengambil kesempatan menukar terma, menukar polisi secara tiba-tiba
09:37dan di situ saya lihat semua perjanjian telah dimetulai tahun lepas bakal menyumbang kepada
09:42kestabilan ekonomi pada tahun ini
09:46Terima kasih Prof. Dr. Razman Abil Latif, Prof. Ahmad Razman daripada Putra Business School
09:53berkongsi pandangannya melihat kepada prestasi ringgit yang mengukuh pada ketika ini
09:59terima kasih telah menonton
Comments