Skip to playerSkip to main content
  • 21 hours ago
Transformasi reban terbuka kepada reban tertutup merupakan langkah strategik untuk meningkatkan biosekuriti, kecekapan pengeluaran dan kemampanan industri ternakan.
Transcript
00:00Transformasi sistem reban terbuka kepada sistem reban tertutup merupakan langkah strategik bagi meningkatkan biosekuriti, kecekapan pengeluaran dan kemampanan industri ternakan.
00:13Menteri Pertanian dan Keterjamanan Makanan, Datuk Seri Muhammad Sabu berkata, beberapa inisiatif telahpun dilaksanakan bagi membantu penternak kecil dan sederhana beralih kepada sistem yang lebih modern dan berkesan.
00:26Galakkan penggunaan teknologi untuk meningkatkan produktiviti dengan mengurangkan kadar kematian ternakan, malah secara langsung mengurangkan kebergantungan kepada pekerja, contohnya beri makan, beri minum melalui water automation.
00:48Penggunaan teknologi modern seperti otomasi dalam pemberian makanan dan air minum kepada ternakan pada skala besar mampu meningkatkan kecekapan pengurusan, memastikan nutrisi optimum sekaligus memperbaiki pertumbuhan serta kesihatan ternakan.
01:09Muhammad berkata inisiatif kedua melibatkan khidmat nasihat teknikal, latihan pengurusan dadang modern, audit biosekurity serta analisis kos manfaat dan unjuran pulangan pelaburan melalui Jabatan Perkhidmatan Veterina atau DVS bagi membantu penternak membuat keputusan berinformasi serta mengurangkan risiko projek.
01:29Inisiatif ketiga pula merangkumi grant pemadanan dan kemudahan pembiayaan melalui agrobank serta institusi keuangan tempatan untuk pembinaan atau menaik taraf reban tertutup dengan keutamaan diberikan kepada penternak kecil dan sederhana.
01:42Sehingga Disember 2025, 19 pembayaan bagi subsektor ternakan telah diluluskan dengan nilai RM62.7 juta.
01:55Namun tiada subsidi disediakan bagi transformasi kepada reban tertutup.
Comments

Recommended