00:00Isteri ketiga bekas Panglima Tentera Darat PTD dihadapkan ke Mahkamah Session Kuala Terengganu atas pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5,000.
00:12Salwani Anwar Kamaruddin berusia 27 tahun yang berkerusi roda di mahkamah bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Muhammad Azhar Uthman.
00:25Mengikut pertuduhan, Salwani telah menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM5,000 yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Islamic Bank Berhad miliknya.
00:38Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 16 Januari 2025.
00:43Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa telah melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen 4-1-B Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 Akta 613 dan boleh dihukum di bawah subseksyen 4-1 Akta yang sama.
01:03Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin dengan jumlah wang jaminan dan syarat tambahan yang sama seperti yang telah diberikan dalam pertuduhan kes melibatkan tertuduh di Mahkamah Session Kuala Lumpur.
01:16Selain itu, mahkamah turut membenarkan permohonan daripada pihak pendawaan bagi memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Session Kuala Lumpur bagi tujuan dibicarakan bersama suaminya.
01:27Pada Khamis minggu lalu, isteri Tan Sri Muhammad Hafiz Zuddin Jantan itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Session Kuala Lumpur atas empat pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM77,000 pada tahun 2024 dan tahun lalu.
01:42Dalam proseding itu, tertuduh dibenarkan diikat jamin sebanyak RM30,000 dengan dua penjamin berserta syarat tambahan dan menetapkan 30 Mac depan untuk sebutan semula kes.
01:57Terima kasih telah menonton!
Comments