00:00Kerajaan Negeri Selangor membatalkan sementara projek pertanakan babi di Bukit Tagar susulan kegusaran dan bantahan orang ramai.
00:09Pertibesan Datuk Seri Amiruddin Syari berkata, Kerajaan Negeri membuat keputusan itu sementara mencari lokasi baru.
00:15Selain keperluan mengadakan perbincangan bersama dengan pengusaha tenakan serta memberikan penjelasan kepada semua pihak atas salah faham yang timbul.
00:24Amiruddin memberitahu isu berkenaan masih pada peringkat awal dan belum dimuktamadkan kerana tiada kertas kerja atau kelulusan rasmi dikemukakan.
00:34Namun persepsi awam bahawa projek akan dilaksanakan segera telah menyebabkan kekeliruan dan mendorong Kerajaan Negeri mengambil pendekatan lebih berhati-hati.
00:44Beliau bagaimanapun menafikan dakwaan sinis bahawa projek di Bukit Tagar akan dibangunkan seperti Hotel Babi
00:50sambil menekankan bahawa keutamaan Kerajaan Negeri adalah untuk menjaga kepentingan semua pihak secara adil.
00:58Selain itu, Amiruddin berkata Kerajaan Negeri tidak bercadang membangunkan projek penternakan berskala besar seperti yang digambarkan sesetengah pihak.
01:06Katanya projek itu sebaliknya kira-kira 20 hingga 30% keperluan sahaja.
01:11Amiruddin turut menjelaskan matlamat utama Kerajaan Negeri adalah untuk menyusun semula penternakan babi yang berselerak
01:18bagi mengawal isu kebersihan dan alam sekitar.
01:22Pada 10 Januari lalu, Sultan Selangor Sultan Syarafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita dan tidak bersetuju
01:29dengan perancangan Kerajaan Negeri yang membenarkan operasi penternakan babi di Tanjung Sepat, Kuala Langat bermula tahun ini
01:36sebelum dipindahkan ke Bukit Tagar pada 2030.
01:39Pada Jumat lalu pula, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesyorkan
01:45supaya projek ternakan babi berpusat di Bukit Tagar yang menimbulkan keresahan masyarakat setempat
01:50dibatalkan terlebih dahulu ataupun dipindahkan di kawasan baharu yang lebih baik.
Comments