Skip to playerSkip to main content
  • 10 minutes ago
Mereka mencatatkan jumlah belian RM12.4 juta pada Isnin, RM215.4 juta pada Rabu, RM167.8 juta pada Khamis, dan RM131.8 juta pada Jumaat.
Transcript
00:00Aliran masuk bersih pelaburan asing ke Bursa Malaysia mencecah RM510.9 juta selepas aktiviti pembelian berterusan untuk tiga minggu berturut-turut.
00:11Firma penyelidikan MBSP Research pula tersebut menjadi pembeli tertinggi pada empat daripada lima hari dagangan minggu lalu.
00:20Mereka mencatatkan jumlah belian RM12.4 juta pada Isnin, RM215.4 juta pada Rabu, RM167.8 juta pada Khamis dan RM131.8 juta pada Jumaat.
00:36Aktiviti jualan hanya disaksikan secara signifikan pada Selasa dengan aliran keluar bersih dicatatkan pada RM17.5 juta.
00:44Tiga sektor menyaksikan aliran masuk bersih asing iaitu perkhidmatan kewangan RM407.5 juta, perkhidmatan dan produk industri RM148.6 juta serta perkhidmatan dan produk pengguna RM87.8 juta.
01:01Manakala tiga sektor lain mencatatkan aliran keluar bersih asing tertinggi iaitu penjagaan kesihatan RM141.8 juta, pembinaan RM40.9 juta serta utiliti RM19.5 juta.
01:18MBSP Research berkata institusi tempatan kembali mencatatkan aliran belian bersih sebanyak RM853 juta selepas mencatatkan aliran keluar selama lapan minggu berturut-turut.
01:30Namun pada masa sama, pelabur runcit tempatan meneruskan rentak jualan bersih untuk minggu ke-8 berturut-turut apabila mencatatkan jumlah aliran keluar sebanyak RM1.36 bilion.
01:42Daripada segi purata, jumlah dagangan harian ADTV, peruncit dan institusi tempatan masing-masing mencapai kenaikan 18.4% dan 0.3% manakala pelabur asing menyusut 12.2%.
01:57Terima kasih kerana menonton!
01:59Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended