Skip to playerSkip to main content
  • 14 hours ago
Sekurang-kurangnya tujuh orang maut selepas bot penumpang MV Trisha Kerstin 3 yang membawa lebih 300 penumpang karam di perairan Basilan, selatan Filipina. Setakat ini, 215 individu berjaya diselamatkan manakala 144 masih dilaporkan hilang. Operasi mencari dan menyelamat oleh Pengawal Pantai Filipina masih diteruskan.
Transcript
00:00Sekurang-kurangnya tujuh orang maut selepas sebuah bot penumpang yang membawa lebih 300 orang karam di perairan Basilan, Selatan Filipina awal pagi Isnin.
00:10Semasa kejadian, bot penumpang MV Trisha Kristen III dalam perjalanan ke Jolo, wilayah Sulu selepas berlepas dari Zabawangak.
00:19Ketua Pengawal Pantai Filipina, PCG Ronnie Gavan berkata operasi mencari dan menyelamat sehingga kini masih giat dijalankan.
00:49Menurut PCG, bot berkenaan membawa 332 penumpang dan 27 kru.
01:04Komanda Pengawal Pantai Daerah Mindanao Selatan, Romel II berkata, 215 penumpang telah berjaya diselamatkan manakala tujuh mayat telah ditemui setakat ini.
01:14Beliau berkata, 144 individu masih dilaporkan hilang dan operasi SAR diteruskan dengan bantuan pelbagai agensi keselamatan.
01:24Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.
01:27Pihak berkuasa belum mengenal pasti faktor sebenar yang menyebabkan bot penumpang itu karam.
Comments

Recommended