Skip to playerSkip to main content
  • 14 hours ago
Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching memberitahu, pelaksanaan had umur 16 tahun bagi penggunaan media sosial dijangka dikuatkuasakan seawal Julai.
Transcript
00:00Bertemu kembali. Pelaksanaan had umur 16 tahun bagi penggunaan media sosial sebagai langkah melindungi kanak-kanak dan remaja daripada risiko dieksploitasi serta terdedah kepada kandungan tidak wajar dalam talian dijangka dikuatkuasakan seawal Julai ini.
00:17Timbalan Menteri Komunikasi Teoni Ching berkata perkara itu kini berada dalam fasa regulatory sandbox bagi membolehkan kerajaan menguji kaedah terbaik sebelum pelaksanaan penuh.
00:28Langkah itu kata Ni Ching dilaksanakan selaras dengan Akta Keselamatan Dalam Talian ONSA dan perbincangan dengan penyedia platform telah dimulakan bagi mengenalpasti pendekatan paling berkesan.
00:40Katanya ia dijangka dilaksanakan pada separuh kedua tahun ini iaitu suku ketiga atau keempat.
00:47Kerajaan sebelum ini menyasarkan setiap platform media sosial melaksanakan pengesahan identiti pengguna secara digital EKYC menjelang akhir suku kedua 2026
00:58bagi menguatkuasakan had umur minimum 16 tahun untuk pembukaan akaun.
01:03Terima kasih.
01:04Terima kasih.
01:05Terima kasih.
01:06Terima kasih.
01:07Terima kasih.
Comments

Recommended