00:01Peratusan graduan yang bekerja dalam kategori pekerjaan mahir menunjukkan peningkatan ketara berdasarkan data rasmi sistem kajian pengesanan graduan bagi tahun 2021 hingga 2024.
00:12Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Adam Adli Abdul Halim berkata, bagi graduan ijazah pertama, jumlah yang berjaya memasuki pekerjaan mahir pada 2024 meningkat 1.1% kepada 68.2% berbanding 67.1% pada 2021.
00:30Untuk ijazah pertama, graduan yang bekerja dalam pekerjaan mahir bagi tahun 2024 telah pun meningkat sebanyak 1.1% kepada 68.2% berbanding tahun 2021 sebanyak 67.1%
00:44Bagi graduan diploma pula, graduan yang bekerja dalam pekerjaan mahir pada tahun 2024 telah meningkat sebanyak 5.3% kepada 50% berbanding tahun 2021 sebanyak 44.7%
00:59Menurut Adam Adli, momentum positif turut dibuktikan melalui peningkatan peratusan graduan yang bekerja dalam bidang selaras dengan pengajian mereka sepanjang 2021 hingga 2024.
01:21Bagi ijazah pertama, peratusan graduan yang bekerja dalam bidang berkaitan meningkat 3.3% kepada 57.6% pada 2024 berbanding 54.3% pada 2021.
01:36Manakala bagi graduan diploma pula, peratusan meningkat 9.5% kepada 53.3% pada 2024 berbanding 43.8% pada 2021.
Comments