Skip to playerSkip to main content
  • 14 hours ago
Israel akan membuka semula lintasan sempadan Rafah yang menghubungkan Gaza dengan Mesir, selepas selesai operasi mencari mayat tebusan warganya yang masih belum ditemui
Transcript
00:00Israel bakal membuka semula lintasan sempadan Rafah yang menghubungkan Gaza dengan Mesir selepas selesai operasi mencari mayat tebusan warganya yang masih belum ditemui.
00:11Menurut Pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, sebagai sebahagian daripada Plan 20 Perkara Presiden Amerika Syarikat Donald Trump,
00:19Israel bersetuju dengan pembukaan semula terhad lintasan Rafah bagi laluan perjalan kaki sahaja terletakluk kepada mekanisme pemeriksaan penuh oleh Israel.
00:30Setakat ini, semua tebusan sudah dikembalikan kecuali mayat seorang anggota polis Israel, Ran Vili.
00:38Tentera Israel memaklumkan mereka sedang menjalankan operasi khas di utara Gaza bagi mengesan dan mengambil jenazah berkenaan berdasarkan beberapa maklumat risikan yang diterima.
00:49Sebelum ini, lintasan Rafah dijangka dibuka semasa fasa awal Plan Gencata Senjata yang dicadarkan Trump selepas Israel dan Hamas mencapai persetujuan Gencata Senjata pada Oktober tahun lalu.
01:01Namun, Israel meletakkan syarat supaya semua tebusan yang masih hidup dikembalikan selain Hamas perlu melakukan usaha sepenuhnya untuk mencari dan memulangkan mayat tebusan yang telah melinggal dunia.
01:13Pada Khamis lalu, Ketua Jawatan Kuasa Sementara Palestine yang disokong Amerika untuk mentadbir Gaza, Ali Shath, berkata bahawa Rafah dijangka dibuka minggu ini.
01:23Lintasan Rafah adalah laluan utama keluar masuk Gaza bagi lebih 2 juta penduduk wilayah itu.
01:31Sejak 2024, bahagian Gaza di pintu masuk itu berada di bawah kawalan tentera Israel.
01:36Washington turut memaklumkan bahawa Plan Berkenaan kini memasuki fasa kedua yang membabitkan pengunduran lanjut tentera Israel dari Gaza serta penyerahan pentadbiran wilayah itu oleh Hamas.
Comments

Recommended