Skip to playerSkip to main content
  • 14 hours ago
Seorang pelajar berusia 15 tahun maut manakala adik perempuannya cedera selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah van di Jalan Kampung Baru, Limau Kasturi, Gua Musang. Mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Transcript
00:00Seorang remaja lelaki maut manakala adik perempuannya cedera selepas dirempos sebuah van di jalan kampung baru Limaukasturi, Gua Musang pada pagi semalam.
00:10Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supertenden Sik Chun Fu berkata, kemalangan melibatkan sebuah motosikal yang ditunggang mangsa bersama adiknya dan sebuah van.
00:20Mangsa Amsyah Zafran Amran berusia 15 tahun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan di Klinik Kesihatan Jeram Tekoh.
00:29Manakala adiknya pula mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut.
00:36Siasatan awal mendapati pemandu van dari arah Bertam menghala ke Sungai Asap cuba memotong sebuah lori di hadapannya.
00:43Pada masa sama, mangsa juga cuba memotong lori berkenaan.
00:47Motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan akibat keadaan bahu jalan yang tidak berturap menyebabkannya terbabas ke bahu kanan.
00:55Penunggang motosikal terjatuh atas permukaan jalan dan pemandu van yang tidak sempat mengelak, melanggar serta menyeret mangsa sejauh kira-kira 15 meter.
01:06Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Gua Musang bagi proses berdas siasat.
01:11Kes disiasat di bawah Seksyen 41-1 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Comments

Recommended