00:00Kementerian Ekonomi maklumkan lebih 40 dasar dan inisiatif utama baru telah diperkenalkan, manakala lebih 80 akta termasuk akta baru digubal dan dipinda sepanjang 3 tahun pentadbiran Kerajaan Madani.
00:12Menurut Kementerian itu, langkah berkenaan merupakan sebahagian daripada pelaksanaan janji reformasi ekonomi kerajaan bagi menangani isu kos sari hidup rakyat selain menyokong penstrukturan semula ekonomi negara secara menyeluruh.
00:26Selain itu, Kerajaan turun melaksanakan lebih 50 projek berimpak tinggi yang memberi tumpuan kepada peningkatan kesejahteraan rakyat dan pengukuhan daya tahan ekonomi isi rumah.
00:37Menurut Kementerian itu, menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawar rasmi Parlimen Malaysia, Kerajaan Madani kekal komited melaksanakan reformasi secara berfasa dengan matlamat menstruktu semula ekonomi serta meningkatkan kesejahteraan rakyat secara terangkum dan mampan.
00:56Kementerian berkenaan menjawab soalan Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang meminta penjelasan sejauh mana janji reformasi ekonomi ditunaikan khususnya apabila pendapatan rakyat dilihat tidak meningkat seiring kenaikan kos sari hidup serta keperluan indikator kejayaan yang boleh dibuktikan.
01:12Berdasarkan survei pendapatan dan pembelanjaan isi rumah HIES 2024, pendapatan purata bulanan isi rumah meningkat 3.8% kepada RM9,155 berbanding RM8,479 pada 2022,
01:29manakala kadar kemiskinan mutlak menurun kepada 5.1% daripada 6.2% dalam tempoh sama.
01:37Kementerian itu menegaskan kejayaan reformasi ekonomi tidak diukur semata-mata melalui pertumbuhan keluaran dalam negara kasar.
01:46Sebaliknya, dinilai berdasarkan gabungan pertumbuhan ekonomi mampan, inflasi yang terkawal, pasaran buruh yang stabil, peningkatan pampasan pekerja serta pengurangan beban kosar hidup selaras dengan hala tuju pembangunan negara dan aspirasi ekonomi madani.
Comments