Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Selepas 30 tahun, Papa Roach buat persembahan pertama di Kuala Lumpur 29 Mac, menghidupkan era Infest untuk peminat generasi X & Milenial.
Transcript
00:00Selepas 30 tahun di Persada Music, kumpulan New Metal terkenal, Papa Roach akan membuat persembahan secara langsung buat pertama kali di Kuala Lumpur pada 29 Mac.
00:11Kedatangan mereka dijangka mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat yang membesar dengan album InFest pada awal tahun 2000-an termasuk generasi X dan millennial.
00:21Band itu berkata mereka akan membawa pengalaman era InFest ke Kuala Lumpur dan Singapura menerusi hantaran di Instagram Parkames.
00:31Persembahan ini adalah sebahagian daripada jelajah dunia Rise of the Roach Tour yang akan berlangsung di Ideal Life Arena.
00:39Album InFest yang diterbitkan pada tahun 2000 mencatat fenomena dalam kalangan peminat muda dengan lagu hit seperti Last Resort, Between Angels and Insects, Broken Home dan Dead Cell.
00:51Ahli utama Papa Roach terdiri daripada Jacobi Shaddix selaku vokalis, Jerry Horton sebagai pemain gitar utama, Tobin Esperance, pemain gitar bass dan Tony Palermo sebagai pemain drum yang kini dianggap formasi paling stabil dalam sejarah kumpulan.
01:06Tiket akan mula dijual secara dalam talian pada 28 Januari jam 12.30 malam dengan harga dari RM159 sehingga RM399 melalui laman web Hitman Live.
01:18Selain Malaysia, Papa Roach akan turut mengadakan persembahan di Singapura pada 31 Mac menandakan kunjungan pertama mereka ke Asia sejak lawatan terakhir pada 2018 di Jepun dan Korea Selatan.
Comments

Recommended