00:00Pendekatan kewartawanan berasaskan solusi atau solution journalism dilihat sebagai kaedah lebih berkesan untuk menangani keletihan maklumat dan sikap menjauh halayak terhadap isu perubahan iklim.
00:12Pengasas bersama Science Media Center Malaysia Tan Su Lin berkata, solution journalism bukan menafikan kewujudan masalah, sebaliknya menilai syarateliti dan tindak balas dan penyelesaian yang sedang dilaksanakan oleh masyarakat terhadap sesuatu isu termasuk alam sekitar.
00:30Menurut beliau, perbezaan utama antara solution journalism dan pelaporan tradisional ialah pendekatan ini menekankan laporan berasaskan bukti, rigorous evidence-based reporting dengan menilai sama ada sesuatu penyelesaian benar-benar berkesan, kurang berkesan atau mempunyai batasan tertentu.
00:48Solution journalism bukan menafikan masalah, kita tahu masalah wujud tetapi perbezaan solution journalism berbanding kewujudan tradisional adalah kita tidak hanya menumpukan kepada masalah sahaja,
01:04tetapi apakah respon yang dilakukan oleh masyarakat terhadap isu ini sebab definisinya adalah it's a rigorous evidence-based reporting about the response to social issues dan dalam konteks ini adalah isu alam sekitar.
01:22rigorous ini maknanya adalah kewujudan yang teliti, amat teliti dan evidence-based berdasarkan bukti.
01:30dan apabila bercakap dengan bukti ini adalah ia melihat kepada, solution journalism bertanyakan empat soalan utama.
01:39Pertama, apakah respon yang dilakukan terhadap masalah ini, maksudnya apakah penyelesaian?
01:45Keduanya, ia melihat apakah bukti bahawa penyelesaian ini berjaya?
01:51Ataupun apakah bukti mungkin menunjukkan penyelesaian ini ataupun solusi ini kurang berjaya?
01:56dan kita nak kaji lebih dalam kenapa dia berjaya ataupun kenapa dia tidak berjaya?
02:01Beliau menjelaskan, pendekatan ini berteraskan empat elemen utama iaitu mengenalpasti respon atau solusi terhadap masalah,
02:09menilai bukti keberkesanan solusi tersebut bersikap jujur tentang batasan serta menyediakan dapatan yang boleh diterapkan atau disesuaikan dalam konteks lain.
02:19Tambah Tan Sulin, pendekatan ini penting dalam laporan berkaitan iklim kerana ramai rakyat sebenarnya peduli
02:25tetapi berasa tidak berdaya atau keliru tentang tindakan yang boleh diambil.
02:31Dalam usaha mengubah naratif pelaporan iklim, Sains Media Center Malaysia turut menganjurkan bengkel penceritaan iklim
02:38yang menghimpunkan wartawan dan pencipta kandungan bagi mengetengahkan laporan berasaskan solusi.
02:44Hasil inisiatif itu, lapan laporan berkaitan penyelesaian iklim di Malaysia dijangka diterbitkan dalam masa terdekat
02:51sekaligus membuka ruang kepada laporan yang bukan sekadar memberi amaran
02:55tetapi membantu kalayak memahami apa yang sedang berfungsi dan apa yang boleh dilakukan seterusnya.
03:01Terima kasih telah menonton!
Comments