00:00Tiada DNA asing selain milik kedua-dua mangsa dikesan pada senjata dalam kes pembunuhan pasangan suami isteri di Seri Aman.
00:08Pesuruh Jaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Zainal Abdullah berkata ia hasil daripada laporan kimia dan patologi
00:13daripada doktor yang menjalankan bedah siasat ke atas mayat guru besar dan jururawat itu.
00:19Justeru pembunuhan itu dipercayai dilakukan oleh salah seorang daripada mangsa.
00:23Dan kita juga telah mendapat laporan daripada kimia dan kita juga merakam laporan patologi
00:36iaitu doktor yang telah membuat bedah siasat ke atas kedua-dua mangsa.
00:44Jadi saya boleh simpulkan kes ini telah pun selesai dan hasil daripada siasatan kita
00:52senjata yang digunakan dalam kes ini hanya ada DNA untuk kedua-dua mangsa saja.
01:02Tidak ada DNA-DNA asing.
01:04Dan juga seperti mana saya maklumkan sebelum ini tidak ada tanda-tanda ataupun kesan-kesan
01:11pecah rumah ataupun barang-barang berharga hilang ataupun disamun.
01:16Jadi implement yang kita boleh buat bahawa kejadian ini, pembunuhan ini hanya melibatkan mangsa berdua itulah
01:25iaitu suami dan isteri.
01:28Dan kita percaya bahawa tidak ada lagi siasatan-siasatan lain yang perlu kita tunggu
01:36melainkan menunggu laporan forensik untuk telefon bimbit kedua-dua mangsa.
01:43Beliau berkata demikian kepada media selepas perhimpunan bulanan pesuruh jaya Polis Sarawak
01:48di Padangkawat Ibu Pejabat Polis Kontijen IPK Sarawak pada Jumaat.
01:53Mengulas lanjut, Muhammad Zainal berkata berdasarkan keterangan daripada 30 individu
01:58terdiri keluarga, kawan dan rakan sekerja, lelaki itu yang juga guru besar dikatakan
02:02mengalami keburungan sejak bertukar ke sekolah di Lubu Antu, Seri Aman.
02:06Setakat ini apa yang kita dapat simpulkan bahawa mangsa si suami ini didapati
02:17sejak kebelakangan ini apabila dia ditukarkan menjadi guru besar di Lubu Antu berdasarkan
02:28kepada kenyataan ataupun keterangan-keterangan saksi-saksi beliau mengalami kemurungan.
02:35Itu yang dapat kita simpulkan.
02:39Tetapi mungkin jika kita telah mendapat laporan daripada forensik berkaitan dengan telepon bimbit
02:47mungkin kita boleh mengetahui lebih lanjut lagi sekiranya ada perkara-perkara yang boleh
02:53membantu kita mewujudkan apakah sebenar motif kematian kedua-dua mangsa ini.
03:0014 Januari lalu, Andy Roy Junran dan Angeline Kibin Wayne ditemui mati berlumuran darah
03:08di atas katil di kediaman mereka di Taman Mutiara, Seri Aman oleh anak bongsu mereka ketika hendak ke sekolah.
03:14Laporan forensik kemudian mendapati mangsa dan lelaki maut kerana luka sebelah setikaman
03:19termasuk di dada manakala mangsa wanita mengalami luka di leher.
03:23Siasatan di tempat kejadian gagal menemukan elemen pecah masuk maupun tanda pergelutan.
03:28kedua-dua mangsa disemadikan dalam satu liang lahat di Seri Aman ahad lalu.
03:32Pasangan ini meninggalkan tiga anak masing-masing berusia 9, 16 dan 17 tahun.
Comments