Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, pada Jumaat atas dua tuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram yang keseluruhannya berjumlah RM145,000.
Transcript
00:00Bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Mamad Hafizuddin Jantan dihadapkan ke Mahkamah Session Sya'alam Selangor pada Jumaat atas dua tuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram yang keseluruhannya berjumlah RM145,000.
00:14Ini merupakan pendawaan kedua selepas tertuduh didakwa di Mahkamah Session Kuala Lumpur pada Khamis.
00:19Dalam proseding pada Jumaat, tertuduh mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan terhadap kedua tuduhan yang didakwa dilakukan di antara 19 September 2024 hingga 19 Mei tahun lalu.
00:32Bagi pertuduhan pertama, Mohd Hafizuddin didakwa menerima wang berjumlah RM15,000 yang dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya di cawangan Ampang Point, Ampang Jaya.
00:42Bagi pertuduhan kedua pula, Mohd Hafizuddin didakwa menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM30,000 yang dimasukkan ke dalam akaun bank sama pada 19 Mei lalu juga di bank cawangan sama.
00:54Kedua pertuduhan adalah mengikut Seksyen 4 Kurungan 1 Kurungan B Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembayaran Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 Kurungan 1 Akta Sama.
01:07Peguang Bela Aizul Rohan Anwar memohon supaya jaminan sedia ada dikekalkan bagi pertuduhan berkenaan memandangkan tertuduh pada Khamis didakwa atas empat pertuduhan lain.
01:18Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin membenarkan permohonan pembelaan supaya kedua-dua pertuduhan itu dipindahkan ke Mahkamah Kuala Lumpur untuk dibicarakan secara bersama empat lagi pertuduhan dengan jaminan dikekalkan.
01:30Mahkamah turut menetapkan tarikh sebutan yang sama bagi semua pertuduhan terbabit.
01:35Pendawaan dikendalikan timbalan pendakwa raya SPRM Hadi Abdul Jumaat.
01:40Pada Khamis, Mohd Hafiz Zuddin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Session Kuala Lumpur atas empat tuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram yang keseluruhannya berjumlah 2.12 juta ringgit.
01:52Beliau adalah PTD pertama yang didakwa di Mahkamah berhubung kes pengubahan wang haram berkaitan tender perolehan tentera darat Malaysia.
02:00Mohd Hafiz Zuddin menghantar surat untuk besara daripada perkhidmatan tentera bermula 1 Januari lalu selepas disiasat SPRM.
Comments

Recommended