Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Dr. Maszlee Malik menggesa ibu bapa supaya bijak menilai suara serta pendekatan yang digunakan ketika mendidik anak-anak, kerana setiap tindakan ibu bapa menjadi contoh dalam proses pembesaran mereka.
Transcript
00:00Ibu bapa digesa bijak menilai atas dasar apa kelantangan suara yang digunakan mereka dalam mendidik anak-anak.
00:07Dalam hal ini, bekas Menteri Pendidikan Dr. Mazli Malik berkata,
00:11ibu bapa wajar membezakan tona suara itu sama ada ia garam mendidik atau tegas mendisiplin.
00:19Penulis buku mewarna kanvas putih ini turut berpendapat bahawa setiap gerak geri ibu bapa
00:25menjadi contoh kepada anak-anak mereka dalam proses tembesaran menuju alam dewasa.
00:31Kita kena bezakan. Bila kita teguh anak itu kenapa?
00:35Adakah kerana kita marah ataupun kerana kita nakkan dia berubah ataupun kita nak dia belajar.
00:42Kadang-kadang kalau orang dilepaskan kemarahan, benda itu tak akan jadi apa.
00:46Malah, vibe yang negatif akan diterima dengan negatif.
00:49dan benda itu dia akan bawa. Dia lihat, dia belajar, dia bawa ke sekolah,
00:54dia bawa dengan adik-adik, dia bawa dengan jiran, itu yang dia bawakan.
00:58Tapi kalau kita bila kita marah, kita tengok anak-anak semua,
01:03kita pindakan kita, kita fikirkan, aku nak teguh budak ini kerana aku marah,
01:10nak lepaskan marah ke ataupun kita nak dia tak buat benda itu dan dia jadi lebih baik.
01:15Kalau kita tahu dia nak buat benda itu dan lebih baik, apakah dengan marah aku ini, dia akan berubah.
01:23Dan konsep ini yang saya banyak sebut dekat dalam buku ini, iaitu konsep kita fikir panjang.
01:29Sementara itu, beliau turut menyeru agar ibu bapa menjadi versi terbaik diri mereka terlebih dahulu
01:34sebelum mencorakkan warna atau nilai prinsip ke dalam kehidupan anak-anak mereka.
01:39Jelasnya, ini kerana anak-anak kecil lazimnya akan mencetohi perkara positif
01:44jika ibu bapa menunjukkan sifat, sikap serta perbuatan yang positif terlebih dahulu.
01:50Mazli berkata demikian semasa menjadi tetamu program Awani Pagi
01:54yang mengulas mengenai pendekatan yang digunakan beliau
01:57dalam mendidik anak-anak menerusi buku baru tulisannya mewarna kanvas putih.
02:02Antara lain, buku terbitan 2025 itu matlamatnya untuk memandu ibu bapa
02:07dan menawarkan petua-petua kepada keluarga era baru dalam memberi pendidikan kepada anak-anak mereka.
Comments

Recommended