Skip to playerSkip to main content
Enam bekas Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggesa Pendaftar Pertubuhan (RoS) menjalankan siasatan terhadap parti itu susulan pemecatan mereka yang didakwa tidak sah serta bercanggah dengan Perlembagaan parti, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.

Mereka ialah Ketua Bahagian Sepang, Datuk Suhaimi Mohd Ghazali; Ketua Bahagian Puchong, Mohd Shukor Mustaffa; Mohd Azrudin Md Idris (Hang Tuah Jaya); Mohd Faizal Asmar (Pengerang); Mohd Fadhli Ismail (Ipoh Timur) dan Mohd Isa Mohd Saidi (Ampang).

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/765120/berita/politik/dakwa-dipecat-secara-tidak-sah-enam-bekas-ketua-bahagian-bersatu-lapor-ros

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #Bersatu #Parti #RoS
Transcript
00:00Enam bekas ketua bahagian Parti Peribumi Bersatu Malaysia
00:04menggesa pendaftar pertubuhan ROS menjalankan siasatan terhadap parti itu
00:08susulan pemecatan mereka yang didakwa tidak sah
00:11serta bercanggah dengan perlembagaan parti.
00:15Ada lembaga rayuan, kami boleh merayu.
00:18Tetapi apa yang kami lihat, keahlian kami dah dibuang pun dalam senarai keahlian parti.
00:24So, nolak-nolak kami ni dah terbuang lah.
00:27Jadi, bila dalam suara pemecatan tu ada mengatakan boleh buat rayuan dalam tempoh 4 berhari.
00:34Tapi, bila ada tempoh rayuan, kenapa nama kami dikeluarkan daripada keahlian?
00:41Bila dalam rayuan, maknanya kami masih alih.
00:44Macam pelik lah.
00:46Sebab tu dia bagi kita rayu.
00:49Tapi kenapa? Dia keluarkan kami daripada senarai keahlian.
00:52tanpa ada perbincangan dan sebab-musabab yang diberi pada kami.
01:00Kenapa kami dikeluarkan daripada keahlian?
01:01Kami terima pemecatan itu terus dipecat terus.
01:07Seolah-olah tidak ada lagi lembaga rayuan yang boleh kami rayu kesalahan kami itu.
01:13Sebab kami datang ke ROS supaya ROS menyiasat ataupun membuat siasatan supaya kesalahan-kesalahan ini diperbaiki.
01:28Yang keduanya, kami datang, kami ni semua mantan-mantan ketua bahagian.
01:37Kerana kita lihat kesalahan yang kita buat itu tidaklah kesalahan yang terlalu besar.
01:46dan boleh diperbaiki kelangsungan parti.
01:51Tetapi kami diambil pindahkan seolah-olah ada satu dendam supaya kami ni dibuang terus daripada parti.
02:02Jadi itu sebab kita datang ke ROS supaya ROS boleh menyiasat.
02:06Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended