Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Kementerian Kewangan (MoF) berkata daripada jumlah aduan direkodkan, 96 peratus atau pun 213 aduan telah diselesaikan oleh pihak syarikat insurans dan pengendali takaful (ITO).
Transcript
00:00Sebanyak 222 aduan berkaitan produk insurans perubatan dan kesihatan atau MHIT diterima Bank Negara Malaysia melalui pusat aduannya BNM Link.
00:10Daripada jumlah itu, 96% bersamaan 213 aduan telah berjaya diselesaikan oleh syarikat insurans dan pengendali Takaful.
00:18Kementerian Kewangan memaklumkan jawatan kuasa mekanisme aduan kesihatan turut diaktifkan semula
00:23sebagai platform menangani isu amalan operasi dan perniagaan antara hospital, industri perubatan serta pihak insurans.
00:31Dalam jawapan bertulis di Parlimen, Kementerian menegaskan pengendali insurans, Takaful dan pentadbir pihak ketiga
00:36tidak mempunyai kuasa menentukan rawatan pesakit kerana itu kekal tanggungjawab eksklusif doktor.
00:42Jika sesuatu rawatan tidak dilindungi polisi, pesakit boleh membuat bayaran secara langsung
00:47sama seperti polisi yang mempunyai deductible atau bayaran sendiri.
00:50BNM Link sebelum ini berperanan sebagai pusat perhubungan sehenti
00:54bagi pengguna membuat aduan melibatkan penyedia perkhidmatan kewangan.
Comments

Recommended