Skip to playerSkip to main content
Seorang lelaki warga Myanmar yang berperanan sebagai ejen sindiket pemalsuan dokumen warga asing dijatuhi hukuman penjara 13 tahun tujuh bulan selepas mengaku bersalah terhadap 17 pertuduhan di Mahkamah Majistret Melaka pada Khamis.

Tertuduh, San Lwin, 53, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa Myanmar.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/765132/berita/semasa/ejen-pemalsuan-dokumen-warga-asing-dipenjara-13-tahun-tujuh-bulan

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Sindiketpalsudokumen #Mahkamah
Transcript
00:00Seorang lelaki warga Myanmar yang berperanan sebagai ejen sindiket pemalsuan dokumen warga asing
00:05dijatuhi hukuman penjara 13 tahun 7 bulan selepas mengaku bersalah terhadap 17 pertuduhan di Mahkamah Magistrate di Melaka pada Kamis.
00:15Tertuduh San Luin, 53 tahun, berdepan 8 pertuduhan di bawah Seksyen 474 Kanun Keseksaan
00:22dibaca bersama Seksyen 466 Kanun Keseksaan kerana memiliki dokumen palsu
00:27yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 7 tahun dan denda bagi setiap pertuduhan.
00:33Selain itu, tertuduh turut berdepan 3 pertuduhan di bawah Seksyen 12-1-A Akta Pasport 1966 kerana memiliki pasport palsu.
00:43Tertuduh juga berdepan 5 pertuduhan di bawah Seksyen 12-1-F Akta Pasport 1966 kerana memiliki pasport milik orang lain.
00:52Tertuduh juga berdepan satu pertuduhan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 465 Kanun Keseksaan
01:01kerana menggunakan kad UNHCR palsu sebagai tulen.
01:05Turut didakwa dalam proseding sama ialah dua lagi warga Myanmar iaitu Zhao Naing, 31 tahun dan Hin Soh Wai, 26 tahun
01:13yang masing-masing berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 12-1-A Akta Pasport 1966 serta Seksyen 474 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 466 Kanun Keseksaan.
01:27Seorang lagi tertuduh, Muhammad Nur Hairul Boshar, 18 tahun pula, didakwa atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 465 Kanun Keseksaan
01:38kerana menggunakan kad UNHCR palsu sebagai tulen.
01:43Kesemua kesalahan itu dilakukan di rumah beralamat di Pangsa Puri Mawar 2, Taman Malim Jaya dalam daerah Melaka Tengah di sini
01:49sekitar jam 12.30 hari 8 November setahun lalu.
01:53Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun, 7 bulan ke atas San Luin,
01:58manakala Zhao Naing dan Hin Soh Wai masing-masing dijatuhi hukuman penjara 14 bulan.
02:03Sementara itu, Muhammad Nur Hairul yang diwakili Peguam, Syahrul Afandi, didenda RM5,000 atau penjara 6 bulan jika gagal membayar denda.
02:12Mahkamah memerintahkan semua hukuman penjara berjalan serentak bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 8 November 2025.
Comments

Recommended