Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menarik balik jemputan kepada Kanada untuk menyertai inisiatif Board of Peace, iaitu platform global yang bertujuan menyelesaikan konflik antarabangsa. Pengumuman dibuat menerusi hantaran Truth Social yang ditujukan kepada Perdana Menteri Kanada, Mark Carney. Kanada setakat ini belum mengeluarkan kenyataan rasmi.
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menarik balik jemputan kepada Canada untuk menyertai inisiatif Lembaga Keamanan atau Board of Peace yang bertujuan menyelesaikan konflik global.
00:10Trump mengumumkan keputusan itu dalam satu hantaran di media sosial True Social yang ditujukan kepada Perdana Menteri Canada Mark Kenney.
00:18Dalam surat terbuka itu, Trump berkata lembaga keamanan berkenaan akan menjadi yang paling berprestij pernah dibentuk dan jemputan kepada Canada kini ditarik balik.
00:27Tiada penjelasan lanjut diberikan berhubung sebab penarikan balik jemputan tersebut dan pihak Canada setakat ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai keputusan berkenaan.
00:37Inisiatif Board of Peace sebelum ini dimaklumkan sebagai platform yang bertujuan menghimpunkan pemimpin terpilih dunia untuk menangani konflik dan ketegangan antarabangsa.
Comments

Recommended