Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Sebanyak 222 aduan berkaitan Insurans Perubatan dan Kesihatan diterima BNMLINK, dengan 96 peratus daripadanya berjaya diselesaikan. Kementerian Kewangan menegaskan penjagaan pesakit kekal di bawah tanggungjawab doktor, bukan pihak insurans.
Transcript
00:00Sebanyak 222 aduan berkaitan produk insurans perubatan dan kesihatan MHIT daripada orang awam telah diterima oleh BNM Link setakat ini.
00:09Kementerian Kewangan maklumkan daripada jumlah tersebut, 96% atau 213 aduan telah berjaya diselesaikan oleh syarikat insurans dan pengendali takaful ITO.
00:20Menurut kementerian itu, kerajaan bersama industri perubatan, hospital, ITO serta Bank Negara Malaysia telah mengaktifkan semula jawatan kuasa mekanisme aduan kesihatan
00:33yang berfungsi sebagai platform untuk menangani isu berkaitan amalan operasi dan perniagaan sektor berkenaan.
00:40Penjelasan itu dikemukakan menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang rasmi Parlimen Malaysia bagi menjawab soalan ahli Parlimen Pulai Suhaizan Kayak.
00:49Beliau meminta penjelasan mengenai langkah menyelesaikan pertikaian antara hospital swasta dan operator insurans,
00:56khususnya dawaan terdapat pihak insurans mencampuri urusan rawatan bagi mengurangkan kos sehingga menjejaskan rawatan yang diperlukan pesakit.
01:04Dalam pada itu, Kementerian Kewangan menegaskan bahawa pengendali takaful dan insurans serta pentadbir pihak ketiga
01:11tidak mempunyai kuasa untuk menentukan penjagaan pesakit yang kekal sebagai tanggungjawab eksklusif doktor.
01:17Sekiranya rawatan yang disiarkan tidak dilindungi di bawah polisi insurans,
01:22bayaran boleh dibuat secara langsung oleh pesakit selaras dengan amalan bayaran didaktable yang ditanggung sendiri oleh pemegang polisi.
01:30Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended