Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Bayaran balik cukai pada 2025 mencatat paras tertinggi dalam tempoh lima tahun, disokong oleh bayaran tambahan RM7.5 bilion pada Disember 2025 berbanding keseluruhan peruntukan tambahan bayaran balik lebihan cukai sebanyak RM4 bilion yang diumum sebelum ini.
Transcript
00:00Bayaran balik cukai pada 2025 mencatat paras tertinggi dalam tempoh 5 tahun disokong oleh bayaran tambahan RM7.5 bilion pada Desember 2025 berbanding keseluruhan peruntukan tambahan bayaran balik lebihan cukai sebanyak RM4 bilion yang diumum senuk ini.
00:17Kementerian Keuangan MOF berkata bagi 2025 jumlah bayaran balik cukai yang diselesaikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN adalah sebanyak RM22.45 bilion yang melibatkan RM3.6 juta pembayar cukai.
00:32MOF menjawab pertanyaan Chong Chiang Jen, PH Tampin berkenaan tunggakan cukai yang dibayar balik oleh kerajaan kepada pembayar cukai yang bayar berlebihan dan jumlah pembayar cukai yang terlibat.
00:42Kementerian itu turut berkata bagi tahun ini, keutamaan LHDN untuk menyelesaikan bayaran balik cukai syarikat bagi tahun taksiran 2023 pada suku pertama 2026 dan bayaran balik bagi tahun taksiran 2024 akan diselesaikan pada hujung 2026.
00:58Manakala bayaran balik lebihan cukai tanpa mengira usia kes akan dibuat kepada semua pembayar cukai selain syarikat.
Comments

Recommended