Permohonan geran Program Agropreneur NextGen, inisiatif Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang menyediakan bantuan sehingga RM50,000 dibuka bermula Jumaat.
00:00Permohonan geran program Agropeno Next Gen, inisiatif Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan KPKM yang menyediakan bantuan sehingga RM50,000 dibuka bermula Jumaat.
00:12Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Sri Muhammad Sabu berkata, program itu bagi menarik lebih banyak penglibatan belia dalam pertanian dan sebagai inisiatif strategik untuk mengembangkan projek dalam bidang tanaman, tenakan dan perikanan dengan lebih tersusun, mampan serta berdaya saing.
00:30Menurutnya, melalui penjenamaan baharu ini, Agropeno Next Gen menyediakan bantuan geran dalam bentuk barangan bagi membantu keperluan projek sama ada pada peringkat pemulaan atau pengembangan.
00:44Muhammad berkata, bagi kategori start-up, bantuan sehingga RM30,000 disediakan manakala kategori scale-up pula layak menerima bantuan sehingga RM50,000 bergantung kepada keperluan serta skop projek dilaksanakan.
00:58Belia berkata, proses permohonan mendapatkan geran dipermudah dengan hanya melibatkan tiga langkah iaitu pendaftaran akaun di portal IGEN, pengisian borang permohonan dan penghantaran untuk penilaian oleh Jabatan Pembimbing.
01:11Lebih menarik, permohonan dibuka sepanjang tahun, belia boleh merancang, bersedia dan memohon mengikut kesesuaian masing-masing tanpa perlu menunggu musim tertentu.
Be the first to comment