00:00Seorang lelaki dipercayai warga Myanmar ditemukan maut dalam kebakaran di sebuah premis hiburan yang beroperasi di bangunan bekas pawagam Odian
00:10di Jalan Pining di Georgetown malam tadi.
00:13Menurut pengarah Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia, JPPM Pelopinang, Muhammad Syoki Hamzah, mangsa dipercayai terperangkap di dalam bangunan dua tingkat
00:22itu ketika kebakaran terbabit berlaku.
00:27Katanya mayat lelaki yang dipercayai pekerja di situ ditemukan di pintu keluar bangunan berkenaan selepas pihak bomba selesai memadamkan kebakaran
00:35tersebut kira-kira 11.15 malam.
00:38Mangsa dipercayai terperangkap sebelum cuba keluar untuk menyelamatkan diri.
00:42Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, premis pusat hiburan itu tidak beroperasi kerana dalam proses pengubahsuaian dan mayat lelaki itu dihantar
00:52ke Hospital Pelopinang untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.
00:57Selain asap tebal yang boleh dilihat hingga jarak lima kilometer, kebakaran itu turut menyebabkan kesesakan teruk di kawasan bandar raya
01:06Georgetown.
01:08Bangunan yang pernah menempatkan pawagam odian antara pawagam paling ikonik di Pulau Pelopinang pada asalnya dikenali sebagai Theater Royal sebelum
01:17ditukar kepada King's Theater dan kemudiannya odian cinema yang menjadi sebahagian daripada landscape hiburan negeri itu sejak awal abad ke
01:25-20.
01:25Pada 1940, pawagam tersebut menjalani proses pemodenan besar-besaran sebelum dibuka semula sebagai audiens cinema dengan kemudahan tayangan, sistem bunyi
01:37dan penyaman udara yang canggih pada zamannya.
01:40Sepanjang operasinya, pawagam itu menayangkan pelbagai genre film termasuk produksi Hollywood, film klasik, film berbahasa Cina, film aksi Hong Kong
01:50serta film Tamil dan Hindi.
01:52Pawagam berkenaan menamatkan operasinya pada 31 Julai 2014 sekaligus menandakan berakhirnya era satu daripada pawagam skrin tunggal terakhir di Malaysia
02:03yang memberikan tumpuan kepada tayangan film India.
02:06Terima kasih telah menonton!
Comments