00:00Amerika Syarikat bersedia melancarkan semula serangan terhadap Iran sekiranya rundingan yang sedang berlangsung antara Washington dan Tehran gagal mencapai persetujuan.
00:11Setiausaha pertahanan Amerika Syarikat, Pete Hackseth berkata, pihaknya kini memberi tumpuan kepada kesiapsiagaan ketenteraan bagi memastikan Amerika Syarikat mampu bertindak
00:21sekiranya keadaan memerlukan.
00:25Beliau berkata Presiden Donald Trump masih bersabar dan mahu mencapai satu perjanjian yang baik bagi memastikan Iran tidak memperoleh senjata
00:33nuklear.
01:03Penyataan itu dibuat ketika wakil perunding dari Washington dan Tehran terus berusaha merapatkan jurang perbezaan yang masih menghalang tercapainya persetujuan
01:12antara kedua-dua negara.
01:13Konflik yang terlancarkan oleh Amerika dan Israel pada 28 Februari lalu telah mengorbankan ribuan nyawa, kebanyakannya di Iran dan Lubnan
01:21selain memberi kesan kepada ekonomi global susulan kenaikan harga tenaga.
01:26Gangguan bekalan tenaga itu berpunca daripada penutupan berkesan selat hormos oleh Iran yang merupakan antara laluan perdagangan minyak paling penting
01:34di dunia.
Comments