00:00Bagi Dewan Undangan Negeri, Adun Sekudai Marina Ibrahim mengumumkan keputusan untuk tidak bertanding dalam mana-mana pilihan raya serta berundur
00:08daripada arena politik.
00:11Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada ahad, beliau berkata keputusan itu dibuat selepas melalui perbincangan bersama individu terdekat yang sentiasa
00:20berada di sisi sepanjang perjalanan politiknya.
00:23Menurut Marina, beliau kini memilih untuk kembali ke lapangan masyarakat dan meneruskan kerja-kerja kemasyarakatan yang dekat di hatinya sejak
00:32sebelum menceburi dunia politik.
00:35Sepanjang tempoh berkhidmat sebagai wakil rakyat, Marina berkata beliau telah berusaha memberikan yang terbaik kepada masyarakat setempat.
00:43Beliau turut memohon maaf atas sebarang kekurangan dan kelemahan sepanjang memikul amanah tersebut.
00:49Katanya beliau akan terus melaksanakan tugas di kawasan itu sehingga adun baru dilantik.
00:56Marina turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan kepercayaan kepadanya termasuk para pengundi yang menyokong beliau
01:05pada 22 Mac 2022 serta pasukan yang sentiasa bersama dalam setiap keadaan.
Comments