Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Pasukan Pertahanan Awam Syria bertungkus-lumus membantu penduduk yang terjejas akibat banjir besar di timur negara itu selepas Sungai Furat melimpahi tebingnya.
Transcript
00:00Pasukan pertahanan awam Syria bertungkus lumus membantu penduduk yang terjejas akibat banjir besar di timur negara itu selepas sungai Furad
00:10melimpahi tebingnya.
00:11Menurut Menteri Hal Awal Kecemasan Syria, lebih 500 hektare tanah telah ditenggelami air dengan kawasan Deir Al-Zor antara yang
00:20paling teruk terjejas.
00:22Seorang penduduk tempatan, Mahmud Al-Jasim berkata banjir berkenaan menyebabkan sebuah jambatan sementara yang merentasi sungai Furad runtuh sekaligus menyukarkan
00:32pergerakan penduduk.
00:34Keadaan itu memaksa ramai penduduk awam menggunakan bot kecil untuk merentasi sungai bagi meneruskan urusan harian mereka.
00:41Bagaimanapun, Ketua Operasi Pertahanan Awam Syria, Deir Al-Zor memberi amaran bahawa penggunaan bot kecil tersebut adalah berbahaya memandangkan arus
00:51sungai yang deras dan paras air yang terus meningkat.
00:55Pasukan penyelamat kini giat memantau kawasan terjejas serta membantu memindahkan penduduk yang berisiko tinggi selain menilai kerusakan terhadap infrastruktur dan
01:06kawasan pertanian yang ditenggelami banjir.
01:11Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended