Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Kerajaan tidak menolak kemungkinan akan melaksanakan penyesuaian dasar perbelanjaan negara secara bertanggungjawab memandangkan beban tanggungan subsidi bahan api kini mencecah RM5 bilion sebulan susulan krisis tenaga global akibat sekatan di Selat Hormuz.

Transcript
00:00Kerajaan tidak menolak kemungkinan akan melaksanakan penyesuaian dasar perbelanjaan negara secara bertanggungjawab memandangkan beban tanggungan subsidi bahan api kini mencecah
00:11RM5 bilion sebulan susulan krisis tenaga global akibat sekatan diselat hormus.
00:17Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nassir berkata, pertimbangan itu terpaksa dibuat berikutan krisis tersebut memberi tekanan kepada sasaran defisit fiskal
00:27bagi tahun ini.
00:32Menurutnya situasi itu juga memaksa kerajaan menyemak semula peruntukan subsidi bahan api dan melaksanakan rasionalisasi perbelanjaan mengurus bagi mengelak defisit
00:41melebar melebihi sasaran ditetapkan.
00:43Kerajaan juga katanya sedang mempercepatkan peralihan kepada mekanisme subsidi bersasai yang lebih cekap dan langkah ini penting bagi memastikan dana
00:51awam digunakan secara optimum sekaligus mengurangkan beban keuangan negara akibat lonjakan harga minyak mentah dunia.
00:57Jelasnya pendekatan strategik ini amat penting dalam memperkukuh ruang fiskal negara serta memastikan kesejahteraan rakyat terus terpilihara disamping meningkatkan daya
01:05tahan ekonomi negara untuk menghadapi ketidaktentuan dan tekanan ekonomi global yang semakin mencabar.
01:11Menurut Akhman Nasrullah, kerajaan dalam masa sama sentiasa menilai semula keutamaan perbelanjaan negara berdasarkan beberapa faktor.
01:18Ini termasuk kedudukan fiskal semasa, perkembangan ekonomi global dan domestik serta keperluan rakyat yang semakin dinamik bagi memastikan penggunaan sumber
01:26keuangan negara secara optimum dan berimpak tinggi.
01:29Dalam hal ini, hala tujuh fiskal negara terus memberi penekanan kepada pengukuhan ruang fiskal, pengurusan perbelanjaan secara behemat serta memastikan
01:36kedudukan fiskal negara kekal mampan.
Comments

Recommended