00:00Orang ramai khususnya penduduk di sekitar pusat pentadbiran kerajaan persekutuan di Putrajaya
00:05dinasihatkan tidak panik apabila mendengar bunyi letupan meriam pada 3 dan 5 Jun ini.
00:12Ketua Polis Daerah Putrajaya, SCP ID Syam Muhammad berkata,
00:16ia berikutan pelaksanaan tembakan meriam oleh Angkatan Tentera Malaysia ATM
00:20bersempena istiadat perbarisan mengarap panji-panji Seri Paduka Baginda
00:25yang di-Pertuan Agong di Dataran Pahlawan Negara di Presin 1.
00:30Sebanyak 2 das tembakan meriam akan dilepaskan pada sesi raptai penuh bermula 8.30 pagi Rabu
00:36manakala 21 das tembakan akan dilepaskan pada waktu yang sama pada hari acara sebenar pada Jumaat ini.
00:43Selain itu, sebanyak 3 laluan utama akan mengalami penutupan sementara bermula 7 pagi
00:49iaitu Jalan Persiaran Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Jalan Lebuh Perdana Timur
00:55serta laluan di sekitar Kompleks E.
00:57ID Syam berkata, kesesakan lalu lintas dijangka berlaku di lokasi terbabit dari 7 pagi hingga 10 pagi.
01:04Justru, pengguna Jalan Raya dinasihatkan supaya mematuhi arahan pihak polis
01:09merancang perjalanan lebih awal serta menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan.
01:15terima kasih telah menonton!
01:20Terima kasih telah menonton!
Comments