Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Sebanyak 11 entiti institusi kewangan dan syarikat penyedia sewa beli, bersedia sepenuhnya untuk menawarkan pinjaman sewa beli berdasarkan pindaan peruntukan yang termaktub dalam Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026 bermula 1 Jun, menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Transcript
00:00Sebanyak 11 entiti institusi kewangan dan syarikat penyedia sewa beli bersedia sepenuhnya untuk menawarkan pinjaman sewa beli berdasarkan pindaan peruntukan
00:11yang termaktub dalam Akta Sewa Beli Pindaan 2026 bermula 1 Jun.
00:16Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kosar Hidup KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, fasa kedua pelaksanaan itu pula disasarkan bermula
00:24pada September 2026.
00:27Menurutnya, pengguna yang ingin mendapat manfaat di bawah peruntukan Undang-Undang Baharu itu dinasihatkan membuat semakan berkaitan sebelum memuktamadkan perjanjian
00:37sewa beli.
00:38Sementara itu, institusi kewangan dan syarikat penyedia sewa beli yang masih dalam proses persediaan termasuk integrasi dan pengubahsuaian sistem diberikan
00:47tempoh peralihan sehingga 31 Mac 2027.
00:52Institusi kewangan dan syarikat penyedia sewa beli digalakkan menawarkan perkhidmatan berdasarkan kerangka Undang-Undang Baharu ini pada kadar segera dan
01:02memaklumkan kementerian sebaik memuktamadkan proses peralihan.
01:06Armizan berkata, kementerian itu akan menguatkuasakan Akta Sewa Beli Pindaan 2026 secara rasmi bermula 1 Jun 2026 sebagai langkah memperkukuh
01:17pelindungan pengguna serta memastikan sistem pembiayaan sewa beli yang lebih adil, telus dan berdaya saing.
01:23Sejajar dengan pindaan itu, beliau berkata peraturan-peraturan sewa beli Caj Terma 2026 turut akan berkuatkuasa.
01:32Beliau berkata, penguatkuasaan itu susulan pindaan kepada Akta Sewa Beli 1967 yang diluluskan di Parlimen pada 2025 sebagai sebahagian daripada
01:42usaha memperkukuh kerangka perundangan berkaitan ekosistem kredit pengguna.
Comments

Recommended