00:00Kerajaan sedang meneliti kaedah berkesan termasuk penggunaan teknologi pemantauan bagi menangani kes kecurian kabel landasan kereta api yang semakin berleluasa.
00:11Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Locke, kementeriannya sedang melihat penggunaan teknologi itu bagi mengesan dan mencegah kecurian kabel daripada terus berulang
00:20kerana kes itu masalah besar kepada perkhidmatan kereta api khususnya di sebelah utara.
00:28Tegas beliau ia tidak boleh dilihat sebagai kes kecurian biasa tetapi keselamatan negara kerana membantutkan perkhidmatan banyak menyebabkan gangguan kepada
00:38perkhidmatan kereta api dan mengundang risiko bahaya kepada orang ramai.
00:42Locke berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian zon perdagangan bebas Tuan Kusait Sirajuddin Depo Pelepasan Pendalaman Pelis PIP
00:52di Padang Besar pada Sabtu yang disempurnakan Raja Pelis Tuan Kusait Sirajuddin Jamalu Lail.
00:58Locke berkata MOT turut berbincang dengan kementerian dalam negeri KDN mengenai langkah memperketat undang-undang terhadap kes kecurian kabel kerana
01:08walaupun tindakan telah diambil bagi kes itu ia masih berleluasa.
01:13Beliau berkata kes kecurian kabel menjadi cabaran besar kepada MOT memandangkan harga tembaga yang tinggi dipercayai mendorong kegiatan itu selain
01:24rangkaian landasan kereta api negara yang menjangkau kira-kira seribu kilometer menyukarkan pemantauan.
01:31Katanya untuk memantau setiap kilometer, setiap kawasan sememangnya sukar kerana terdapat kawasan yang agak terpencil dan ini memudahkan mereka akses
01:40kepada landasan.
01:41Locke berkata pihaknya turut meneliti amalan dan penyelesaian bersesuaian digunapakai negara lain bagi menangani masalah itu memandangkan kes kecurian kabel
01:51juga berlaku di negara mempunyai sistem real.
Comments