Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Keberangkatan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah ke Turkiye baru-baru ini menjadi lembaran terbaru dalam hubungan dua hala yang akrab dengan Malaysia.

Transcript
00:00Seterusnya, keberangkatan Raja Pemaisuri Agong Raja Zahri Sofia ke Turki baru-baru ini menjadi lembaran terbaru dalam hubungan dua hala
00:09yang akrab dengan Malaysia.
00:10Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hubungan erat Malaysia dan Turki telah menyaksikan kerjasama yang baik dalam bidang
00:20pertahanan, perdagangan dan diplomasi Islam antarabangsa.
00:26Perhubungan negeri Johor dan Turki pula mempunyai sejarah uniknya tersendiri.
00:31Kesultanan Johor Modern yang diasaskan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar sekitar pertengahan abad ke-19 banyak mengambil pengaruh sistem pentadbiran
00:41luar negara hasil perhubungan diplomasi antarabangsa yang menjadi satu daripada kemahiran luar biasa baginda.
00:47Hantaran itu turut menyebut umum mengetahui akan pengaruh British yang diterapkan ke dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran negeri Johor hasil
00:57persahabatan akrab Sultan Abu Bakar dengan Ratu Victoria.
01:02Namun terdapat pengaruh besar lain yang sebenarnya turut menjadi inspirasi kepada anjakan modernisasi pentadbiran negeri Johor pada zaman itu.
01:10Sebagai sebuah kerajaan Islam, Kesultanan Johor juga menjalin hubungan rapat dengan Empayar Uthmaniyah di Istanbul yang sedang melalui era Tanzimat
01:19iaitu pemodenan pada zaman itu.
01:22Sultan Abu Bakar pernah berangkat ke Istanbul sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1879 dan 1893 yang menyaksikan baginda telah
01:32disambut dengan pengiktirafan serta penuh penghormatan.
01:35Menurut hantaran itu, Johor menjadikan Istanbul sebagai contoh untuk memahami perkembangan arus modernisasi ketika berdepan tekanan penjajahan barat namun terus
01:45mengengkalkan autonomi budaya dan identiti Melayu-Islam.
01:49Malah ia turut mempengaruhi penggubalan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895, Perlembagaan Bertulis Pertama yang digubal di Tanah Melayu.
01:58Bendera Johor yang digunakan sehingga hari ini dan direka oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1871 juga mencerminkan pengaruh serta
02:08persahabatan akrab dengan Empayar Uthmaniyah selain menjadi simbol strategik kedaulatan negeri berkenaan pada zaman itu kepada penjajah barat.
02:17Menurut hantaran itu, hubungan ini tumbuh lebih mendalam daripada sekadar hubungan diplomatik apabila turut berkembang melalui pertalian keluarga serta perkongsian
02:27warisan budaya yang terus dapat dilihat hingga ke hari ini.
02:32Hantaran itu memaklumkan bahawa kenyataan berkenaan diadaptasikan daripada hasil penulisan pengarah sekolah siswazah serta Prof. Jabatan Sejarah Fakulti Kesenian Universiti
02:43Istanbul Medeniyet iaitu Prof. Dr. Ismail Haki Kadi dan Dr. Yaakub Ahmed yang juga penyelidik bebas serta mantan Prof. Madia
02:53Institut Pengajian Islam Universiti Istanbul.
Comments

Recommended