Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menegaskan wartawan memainkan peranan besar sebagai benteng membina masyarakat yang matang dan celik maklumat. Beliau turut menekankan kepentingan kewartawanan berintegriti dalam memastikan penyampaian maklumat yang tepat, selain merakamkan penghargaan kepada pengamal media sempena HAWANA 2026.
Transcript
00:00Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berpandangan wartawan bukan hanya sekadar menggalas tugas sebagai penyampai maklumat, tetapi
00:10benteng penting dalam membina masyarakat yang matang berfikir.
00:14Beliau yang juga ketua pembangkang menarik perhatian sifat kewartawanan penuh integriti menjadi semakin penting bagi memastikan masyarakat memperoleh maklumat yang
00:24tepat dan juga sahih.
00:26Ujarnya, di sebalik setiap penyampaian berita kepada rakyat, terdapat juga pengamal media yang bertugas tanpa mengira waktu meneliti fakta dan
00:35menyampaikan maklumat dengan penuh tanggungjawab.
00:38Selain itu, aspek ketepatan fakta, etika dalam pelaporan serta keberanian mempertahankan kebenaran perlu terus dipelihara demi kepentingan rakyat dan juga
00:49negara.
00:49Beliau terus merakamkan penghargaan kepada seluruh pengamal media serta semua pihak di belakang tabir atas jasa dan pengorbanan mereka dalam
00:59menyampaikan maklumat kepada masyarakat.
01:02Dr. Ahmad Samsuri juga berharap semua pengamal media dapat terus melaksanakan tanggungjawab menyampaikan maklumat yang benar, berfakta serta mampu menyumbang
01:11kepada pembinaan masyarakat yang lebih baik.
Comments

Recommended