Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Malaysia sedang memperhebat usaha promosi pelancongan di China dengan menyasarkan segmen pelancongan berasaskan pendidikan, belia dan pelancongan berpendapatan tinggi untuk memenuhi kehendak pengguna di negara itu yang sentiasa berubah-ubah.
Transcript
00:00Malaysia sedang memperhebat usaha promosi pelancongan di China dengan menyasarkan segmen pelancongan berasaskan pendidikan, belia dan pelancongan berpendapatan tinggi untuk
00:11memenuhi kehendak pengguna di negara itu yang sentiasa berubah-ubah.
00:15Menurut Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Singh, Turism Malaysia giat berinteraksi dengan pemain utama dalam industri
00:24pelancongan di China khususnya di Shanghai sebagai sebagian daripada usaha untuk meneroka permintaan yang semakin meningkat terhadap pengalaman pelancongan mewah,
00:34berorientasikan belia dan berfokuskan pendidikan.
00:39Semasa misi promosi ke Shanghai baru-baru ini, Tiong berkata, Delegasi Turism Malaysia yang diketuai oleh Ketua Pengarah Turism Malaysia,
00:48Muhammad Amirul Rizal Abdul Rahim, telah bertemu dengan beberapa pemain utama industri pelancongan China, termasuk Liu Group, pakar pelancongan mewah,
00:58Eight Continents Travel dan Cuttlefish Travel untuk meneroka trend pasaran baru dan potensi kerjasama.
01:05Sementara itu, Muhammad Amirul Rizal berkata, pertemuan berkenaan menonjolkan dinamik pasaran pelancongan China yang amat pantas berubah.
01:14Katanya kumpulan umur dan segmen pengguna di China yang berbeza kini mencari kelainan dan Malaysia tidak boleh terus menjual pakej
01:22pelancongan yang sama seperti dahulu.
01:24Beliau berkata, Malaysia melihat potensi besar merentasi beberapa segmen daripada pelancongan warga emas dan persecutian mewah yang disesuaikan mengikut kehendak
01:34pelanggan sehinggalah pelancong muda yang mengembara bebas serta kumpulan pelancongan keluarga dan pendidikan.
01:41Turism Malaysia terbuka untuk mengadakan kempen galakan dengan rakan China termasuk promosi secara digital kerjasama dengan pemimpin pendapat utama KOL,
01:52kandungan video pendek dan promosi bertema khusus.
01:56Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended