Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Keutamaan perbelanjaan kerajaan akan terus diberikan kepada projek dan program yang memberi impak tinggi kepada kesejahteraan rakyat, pertumbuhan ekonomi dan daya tahan negara.

Transcript
00:00Akmal Nasrullah berkata, keutamaan perbelanjaan akan terus diberikan kepada projek dan program yang memberi impak tinggi kepada kesejahteraan rakyat, pertumbuhan
00:10ekonomi dan juga daya tahan negara.
00:13Ujarnya ia merangkumi kemudahan asas, infrastruktur kritikal, kesihatan, pendidikan, keselamatan makanan, tebatan banjir, pengangkutan awam dan pendigitalan perkhidmatan kerajaan.
00:25Pada masa sama, katanya kerajaan juga perlu memastikan kesinambungan pelaksanaan projek pembangunan fizikal dan infrastruktur yang mempunyai impak langsung kepada
00:33pertumbuhan ekonomi negara.
00:35Jelasnya kerajaan juga akan memberi tumpuan kepada projek yang mempunyai tahap kesiapsiagaan pelaksanaan yang tinggi, boleh dilaksanakan dalam tempoh segera,
00:43bersifat people-sentrik serta mampu merangsang aktiviti ekonomi dan kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.
00:48Sementara itu, Akmal Nasrullah berkata terdapat tiga industri paling mendapat impak tinggi iaitu pertanian, pembuatan dan perkhidmatan.
00:56Ini kerana katanya kos input pengeluaran dalam sektor pertanian telah meningkat melibatkan kenaikan harga baja dan makanan terenakan,
01:02sekaligus dijangka memberi kesan langsung kepada kos pengeluaran makanan negara sekiranya krisis bekalan global berterusan.
01:09Selain itu, penutupan selat hormus dijangka menjejaskan sektor pembuatan negara berikutan gangguan rantaian bekalan yang menyebabkan kekurangan bahan mentah.
01:17Situasi ini diberukkan lagi oleh peningkatan ketara kos logistik dan insurans apabila kos pengangkutan dilaporkan meningkat hampir dua kali ganda.
01:25Mereka lah premium insurans sebagai satu perjalanan melonjak sehingga enam belas kali ganda susulan konflik tersebut.
01:31Belum berkata berdasarkan kajian terkini, Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia FMM, perusahaan mikro, kecil dan sederhana PMKS,
01:38berdepan ketekanan kos operasi yang mendadak akibat krisis tenaga dan gangguan rantaian bekalan global.
Comments

Recommended