Malaysia, menerusi kenyataan Wisma Putra, mengalu-alukan resolusi Perhimpunan Agung PBB yang mengesahkan obligasi Israel di Wilayah Palestin Yang Diduduki selaras dengan Pendapat Nasihat ICJ. Resolusi yang menerima sokongan 139 negara itu menegaskan komitmen masyarakat antarabangsa terhadap undang-undang antarabangsa dan akses bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.
00:00Malaysia mengalung-alukan resolusi yang diluluskan oleh Perimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB pada 12 Disember 2025 yang mengesahkan pendapat nasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa ICJ bertarikh 22 Oktober 2025 mengenai obligasi Israel terhadap PBB, organisasi antarabangsa lain serta negara-negara ketiga di wilayah Palestine yang diduduki.
00:27Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Wisma Putra, resolusi tersebut dimaklumkan menerima sokongan padu negara anggota PBB dengan memperoleh 139 undi sekaligus mencerminkan pendirian tegas masyarakat antarabangsa dalam menegakkan undang-undang antarabangsa.
00:45Menurut Wisma Putra, resolusi yang diterajui oleh negara-negara sepemikiran termasuk Malaysia itu menzahirkan komitmen kolektif masyarakat antarabangsa untuk melaksanakan sepenuhnya dan dengan segera dapatan ICJ sebagaimana terkandung dalam pendapat nasihat berkenaan.
01:01Malaysia turut menuntut Israel supaya mematuhi semua obligasinya di bawah undang-undang antarabangsa termasuk memastikan akses bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestine tanpa sebarang sekatan khususnya melalui agensi bantuan dan kerja PBB untuk pelarian Palestine di Asia Barat UNRWA, organisasi antarabangsa serta negara anggota PBB.
01:21Selain itu, Malaysia menegaskan keperluan Israel melindungi hak mutlak rakyat Palestine serta menghormati keistimewaan dan kekebalan PBB selaras dengan prinsip undang-undang antarabangsa.
01:31Wisma Putra menambah Malaysia akan terus bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa bagi memastikan penyelesaian yang adil, komprehensif dan berkekalan terhadap isu Palestine selaras dengan undang-undang antarabangsa serta resolusi-resolusi PBB yang berkaitan.
Be the first to comment