Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Situasi banjir di Perak dan Sabah mencatatkan sedikit peningkatan manakala Sarawak kekal dengan jumlah mangsa setakat jam 12 tengah hari Sabtu.
Transcript
00:00Mangsa banjir di Perak dan Sabah mencatatkan sedikit peningkatan manakala Sarawak kekal dengan jumlah mangsa setakat jam 12.30 hari Sabtu.
00:10Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM, jumlah mangsa di ketiga-tiga negeri adalah seramai 255 orang daripada 99 keluarga.
00:21Di Perak, sedikit peningkatan direkodkan dengan jumlah mangsa ketika ini adalah enam orang daripada tiga keluarga dan ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara PPS, Dewan Serba Guna Kampung, Padang Tembak.
00:34Di Sabah, hanya satu PPS dibuka di satu daerah terjejas iaitu Sandakan yang menempatkan 54 mangsa daripada 21 keluarga.
00:43Manakala di Sarawak, tiga PPS dibuka di Miri bagi melindungi 177 mangsa meliputi 72 buah keluarga.
00:52Selain itu, portal Info Bencana JKM turut memaklumkan berlakunya kejadian tanah runtuh melibatkan Kelantan, Selangor dan Pahang.
00:59Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended