Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Ribut Byron yang melanda Gaza memburukkan krisis kemanusiaan apabila ribuan keluarga pelarian terdedah kepada hujan lebat, ombak besar dan sistem sanitasi yang rosak. Sekurang-kurangnya 10 kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam, manakala ribuan lagi berisiko tinggi terhadap penyakit musim sejuk.
Transcript
00:00Ribut Bairan melanda semenanjung Gaza dengan kekuatan luar biasa, memburukkan lagi penderitaan ribuan keluarga yang sudah kehilangan tempat tinggal akibat konflik berpanjangan.
00:11Musim sejuk dan hujan lebat kini mencengkam wilayah itu, menjadikan penduduk lebih terdedah kepada risiko penyakit, khususnya dalam keadaan sistem bekalan air dan sanitasi yang telah rosak teruk.
00:23Ribuan keluarga kini berlindung di kawasan pesisir pantai yang rendah serta kawasan dipenuhi runtuhan tanpa sistem saliran, benteng pelindungan atau pelindungan cuaca yang mencukupi.
00:34Di sepanjang pesisir pantai Han Yuni sahaja, lebih 4,000 orang dilapukkan tinggal di zon berisiko tinggi termasuk kawasan yang terdedah secara langsung kepada hentaman umbak.
00:43Daripada jumlah itu, kira-kira 1,000 orang yang berada di laluan hentaman umbak dikenalpasti sebagai paling berisiko dan kini diberi keutamaan untuk dipindahkan dengan sokongan pertubuhan bangsa-bangsa bersatu PBB.
00:54Sekurang-kurangnya 10 kematian dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu akibat hujan lebat sekaligus menggambarkan keadaan yang semakin mengancam nyawa, terutama bagi keluarga yang tidak mempunyai tempat pelindungan selamat.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended