Raja Charles III memaklumkan rawatan kanser yang sedang dilaluinya dijangka dapat dikurangkan pada tahun hadapan, hasil pengesanan awal dan rawatan berkesan. Pengumuman itu dibuat dalam ucapan televisyen sempena kempen kesedaran kanser kebangsaan Britain.
00:00Raja Britain, Raja Charles ketiga, mendedahkan bahawa rawatan kanser yang sedang dilaluinya dijangka dapat dikurangkan mulai tahun hadapan.
00:09Perkara itu dikongsikan dalam satu ucapan televisyen, sempena kempen kesedaran kanser kebangsaan di Britain.
00:16Raja Charles, 77 tahun, didiadnosis, menghidap kanser Februari lalu.
00:21Baginda menyifatkan perkembangan itu sebagai berita positif, hasil pengesanan awal, rawatan yang berkesan serta pematuhan kepada nasihat perubatan.
00:31Baginda bertitah hasil diagnosis awal, intervensi yang berkesan dan kepatuhan kepada arahan doktor, jadual rawatan kanser Baginda dapat dikurangkan pada tahun baru.
00:41Pengumuman tersebut sekaligus memberi mesej harapan kepada pesakit kanser selain menekankan kepentingan perkesanan awal dan rawatan berterusan dalam meningkatkan peluang pemulihan.
Be the first to comment