MCMC umum dana RM310 juta untuk pembangunan infrastruktur kesalinghubungan pintar di Melaka, termasuk keselamatan awam, pengurusan trafik dan pelancongan warisan digital.
00:00Seruan Jaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC memperuntukkan dana sebanyak RM310 juta untuk membangunkan infrastruktur kesaling hubungan bagi inisiatif bandar pintar negeri Melaka.
00:13Menurut Menteri Komunikasi Dato' Fahmi Fazil, peruntukan itu akan menyokong hasrat kerajaan negeri menjadikan Melaka sebagai bandar warisan digital selaras dengan statusnya sebagai negeri warisan.
00:25Beliau berucap pada Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman MOU antara Kerajaan Negeri Melaka dan MCMC dalam pembangunan infrastruktur kesaling hubungan bagi inisiatif bandar pintar negeri Melaka.
00:37MOU itu ditanda tangani oleh pengurusi MCMC Tan Sri Mohd Salim Fatih Din dan Situsa Kerajaan Negeri Melaka Dato' Azhar Ashad dengan disaksikan oleh Fahmi serta Ketua Menteri Dato' Sri Abdul Rauf Yusof.
00:49Fahmi berkata beberapa inisiatif utama akan dilaksana menerusi MOU itu termasuk pembangunan infrastruktur kesaling hubungan pintar, peningkatan keselamatan awam dan pengurusan trafik melalui Melaka Network Operation and Command Center.
01:02Terut akan dilaksana ialah pengurusan pelancongan warisan berasaskan teknologi pintar serta inisiatif pengurusan banjir menggunakan sistem amaran awal dan sensor teknologi internet kebendaan IoT.
01:12Jelasnya infrastruktur kesaling hubungan pintar menyediakan asas kuku dalam pembangunan bandar pintar terutama dalam penyediaan rangkaian gentian optik, tiang pintar dan wifi awam bagi meningkatkan akses kepada capai internet di seluruh negeri Melaka.
01:26Usaha ini turut merangsang pembangunan ekonomi digital tempatan dengan memperkuku infrastruktur komunikasi bagi menyokong sektor pelancongan, peruncitan, logistik serta perusahaan kecil dan sederhana sekaligus mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif untuk pelaburan.
Be the first to comment